BAGI golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.

Menyedari keperluan itu, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan skala lebih besar dan turut mendapat kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, AEON dan Shopee.

Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li berkata, kempen tersebut antara lain bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.

Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan tahun satu.

Kelengkapan kembali ke sekolah adalah termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3 kilogram.

“Sementara anak-anak menerima mainan dan buku ilustrasi eksklusif penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof.

“Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother’s Garden, My Mother’s Kitchen, My Father’s Farm dan terbaharu, Dina’s Art Class,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berdasarkan rekod, sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.

Semasa pandemik Covid-19, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.

Kiki Menentang Dunia Kuman

Sementara itu, Emila berkata, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki.

Buku edisi terhad Kiki Menentang Dunia Kuman oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP.

Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion.

Iklan

Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen tersebut dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan di platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember depan akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah.

TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech

Bersempena kempen kembali ke sekolah itu juga, TOP memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9 peratus virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria .

Iklan

TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa, sekali gus sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga.

“Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan.

“Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain.

“TOP Gentle Care yag menggunakan Fibre Care Tech turut melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama,” katanya.