“SEBAK sayu rasa melihat kesungguhan beliau. Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai.”

Begitulah perkongsian pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew semalam.

Menerusi laman Facebook miliknya, Ustaz Ebit berkongsi pengalamannya menjalankan misi bantuan banjir bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini.

"Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan"- Ustaz Ebit sebak kesungguhan Tengku Hassanal

Menurutnya, kesungguhan Tengku Hassanal membantu mangsa banjir menyebabkannya dirinya sebak dan sayu.

“Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang memberi bantuan banjir.

“Sehari lebih kurang RM 500 ribu diberikan pada keluarga dan anak-anak di sana,” tulisnya.

Katanya, setiap hari Tengku Hassanal akan keluar memberi bantuan dari awal pagi hingga tengah malam kepada lebih 20 pusat bantuan sehari.

Iklan

"Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan"- Ustaz Ebit sebak kesungguhan Tengku Hassanal

“Semalam makan bersama Tuanku. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sedih berat
ujian.

“Setiap hari Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan. Sampai lebih 20 pusat bantuan sehari. Penat tu. Seharian. Subhanallah.

“Rendah diri sangat dan baik sangat tuanku. Saya rasa kagum dengan Tuanku. Malu rasa saya dengan layanan Tuanku.

“Ya Allah selamat negeri Pahang daripada banjir. Ya Allah selamatkanlah seluruh Malaysia daripada banjir. Ya Allah sayangi dan ampuni kami semua,” doanya.

Baca juga Bahaya mandi air banjir, ini antara padah yang bakal menunggu

"Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan"- Ustaz Ebit sebak kesungguhan Tengku Hassanal

Iklan

Ayuh, sama-sama berdoa semoga tragedi banjir ini cepat berakhir.