TULAR video seorang remaja perempuan ditumbuk dan ditendang di laman sosial menimbulkan amarah warga maya.

Video berdurasi 18 saat itu remaja berkenaan ditendang , ditampar berulang kali dan kemudian dilibas dengan selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Polis Daerah Kota Kinabalu dalam kenyataan kepada media memaklumkan video berkenaan tular pada 30 Oktober 2022 dan dikatakan berlaku di sebuah pusat membeli belah di daerah Kota Kinabalu.

 

Berikut lima info berkaitan kejadian tersebut yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Bin Abdullah, :

1-Pihak polis belum menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian itu.

2-Polis juga belum dapat mengesahkan kejadian itu berlaku di daerah Kota Kinabalu atau sebaliknya.

3-Bagaimanapun pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular.

4- Semua elemen termasuk ketua polis balai di daerah berkenaan untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian, lokasi dan pelakunya.

5-Pihak polis meminta kerjasama dari semua pihak tampil memberikan maklunat tentang kejadian itu untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap pelakunya.

Warga maya menzahirkan rasa berang atas keganasan yang dilakukan dan mahu pelaku diadili.

Iklan

-“Tangkap dan adili. Tidak kisah jika ia urusan adik-beradik. “

-“Walaupun abang adik, tidak boleh pukul adik begitu.”

-“Jika adik-beradik sekalipun, kasar sangat tu.”

-“Jangan biarkan perkara begini berleluasa, teruskan siasatan untuk tindakan lanjut. Keep up the good work.”

Iklan

Sumber: FB Polis Daerah Kota Kinabalu (Page)

Kredit foto: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi