Turut tersangkut banjir, Hafiz tak sangka dapat bantuan susu dan lampin anak

Turut tersangkut banjir, Hafiz tak sangka dapat bantuan susu dan lampin anak
January 4, 2021
Oleh Faezah Muda

PADA musim tengkujuh ini, semua maklum beberapa kawasan sekitar pantai timur semenanjung Malaysia mula dilaporkan dinaiki air.

Antara negeri yang kini terjejas akibat banjir adalah Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Turut berhadapan detik banjir, usahawan muda yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad.

Kongsinya di Instagram, beliau sekeluarga tersangkut dalam banjir ketika dalam perjalanan Kelantan ke Kuala Lumpur semalam.

“Saya dari Kelantan ke KL, saya bergerak jam 10:30 pagi tadi (semalam). Sampai Kuala Lipis, macam-macam berita saya dengar. Orang kata Raub jalan banjir dan tutup.

“Saya teruskan perjalanan sebab Raub depan tu je, nampak dah kiri kanan rumah semua tenggelam.

“Hati pun “alamak, risau dah”. Sampai kawasan Jeruas, saya nampak jalan depan dah ‘stuck’, saya pusing balik singgah masjid area situ, jamak solat sekejap.

“Habis solat, saya nak patah balik ke Kuala Lipis. Nah, banjir jugak! Menghala ke Raub banjir, Nak patah balik pun banjir. Saya sangkut dekat tengah tengah kawasan Jeruas,” tulisnya.

Baca juga Sayu hati tiga beradik derita hydrocephalus, mohon bantuan ramai beli mesin sagat pisang, tampung kos rawatan susulan anak

Iklan

Suasana lagi bertambah risau apabila kehabisan susu dan lampin anaknya.

“Cek susu dan pampers anak, susu tinggal sikit dan pampers tinggal 1. Menggelibaslah saya! Cari kedai area situ banyak tutup dan tak ada air aduh.

“Saya risaukan anak, takut dia lapar… bila malam, saya dah mula risau dah tapi memang tak boleh nak buat apa-apa,” ceritanya.

Namun apa yang terjadi selepas itu sangat tidak diduga Hafiz.

Iklan

“‘Turn on live’ sebab ramai tanya update dari saya, tengah buat live tiba tiba ada akak datang ‘offer pampers’ dan ada abang datang ‘offer susu’… Ya Allah!!! Cepatnya Allah bantu

“Mereka baik sangat, sampai je KL nanti. Muka akak dan abang ni saya takkan lupa.

“Saya nak jumpa mereka insyaAllah. Hari ini mereka tolong kita, esok esok kita tolong mereka!

“Saya masih di Kuala Lipis lagi. Tidur dalam kereta sebab semua hotel dan homestay penuh. Semoga esok semuanya okay.

“Siapa yang dari pantai timur nak balik ke KL. Relax dulu, tunggu semua reda baru balik tau. Take care semua!,” pesannya.

Alhamdulillah, jika kita selalu memudahkan urusan orang, Allah juga akan bantu kita. Sentiasalah berbuat kebaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Iklan