HATI mana yang tidak sedih apabila insan tercinta terutamanya ibu bapa pergi buat selama-lamanya.

Meskipun begitu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai makhluk harus tabah dan menerima segalanya dengan hati terbuka.

Itulah perasaan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak apabila ibu bapanya telah pergi menghadap Ilahi akibat dijangkiti virus Covid-19.

Setelah kematian kedua orang tua secara tiba-tiba, kanak-kanak berusia 12 tahun itu menjadi hilang arah. Akhirnya, terpaksa menjadi gelandangan dan tidur di merata tempat.

Menerusi perkongsian penceramah bebas dan usahawan terkenal, Ustaz Ebit Lew tersebut
difahamkan budak lelaki itu mula menjadi gelandangan sejak Januari lalu.

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja, Klang, Selangor tidur di jalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan.

“Mak ayahnya baru meninggal Januari lalu kerana positif Covid-19. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi.

“Dia dah tiada sesiapa dalam hidup. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya,” tulisnya di laman sosial Facebook.

Menurut Ustaz Ebit, kanak-kanak itu hanya mampu menangis apabila ditanya perihal keluarga.

“Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah je terus adik ni menangis.

“Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada telefon tangan. Tak kenal saya. Wajah bersih dan jernih,” ujar beliau.

Ustaz Ebit bantu budak gelandangan. Ibu ayah maut kerana Covid-19, urus masuk madrasah

Iklan

Kata Ustaz Ebit lagi, walaupun hidupnya seperti itu, kanak-kanak berkenaan tetap menjalani ibadah puasa.

“Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Berbuka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk membuat laporan. Selepas itu saya terus bawa adik ini ke pasaraya.

“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

Baca juga Nasib 28 anak keluarga besar terbela, LZS beri kaunseling, kursus vokasional

Iklan

“Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri ya. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang.

“Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini,” ujarnya yang menganggap kanak-kanak berkenaan bagai keluarganya.

Perkongsian Ustaz Ebit dihujani ribuan doa warganet yang bersyukur dan berterima kasih atas segala bantuan yang telah beliau berikan.

Semoga urusan Ustaz Ebit turut dipermudahkan Allah SWT.