KEBAKARAN antara kemalangan yang bukan sahaja boleh memusnahkan kediaman dan barangan peribadi, malah berisiko meragut nyawa.
Bagaimanapun, insiden yang tidak diingini seumpama itu dapat diatasi sekiranya tindakan pantas diambil.
Inilah dilakukan seorang lelaki yang berjaya mengelakkan api menjadi lebih marak di sebuah kediaman.
Situasi itu dikongsikan pengguna dikenali Afiqah Apandi menerusi laman sosial TikTok baru-baru ini.
Dalam video terbabit menunjukkan seorang wanita dalam keadaan cemas dan suara menggeletar sedang merakam kejadian kebakaran di sebuah rumah.
Rata-rata warga maya menonton video berkenaan menzahirkan rasa kagum dengan tindakan pantas lelaki itu demi menyelamatkan rumah jiran.
Malah, ada berpendapat beliau bertindak dengan cara tepat memadamkan kebakaran dikatakan berpunca daripada dapur gas.
@afiqah_apandink gugur jantung bila nampak tong gas tu dh terbakar .. Alhamdulillah tak ada sesiapa yg cedera ##fyp##fypシ##fypage##MYfoodie♬ Intense Music(850540) – Pavel
@afiqah_apandiBalas kepada @queenorainie_30 ##fyp##fypシ##fypage##fypシ゚viral##MYfoodie♬ Suspense – Dreamtime
Bagi mencegah kebakaran di rumah, pastikan korang melakukan lima perkara ini. Bak kata pepatah Melayu, ‘sediakan payung sebelum hujan’
1. Sistem penggera kebakaran
Pasang alat tersebut di setiap ruang rumah (dapur, bilik tidur, ruang tamu) bagi mengesan kewujudan asap. Sekiranya berlaku kebakaran, alat penggera terus berbunyi dan memberi amaran kepada isi rumah.
2. Laluan kecemasan
Jangan penuhkan ruang di dalam dengan barangan dan perabot. Pastikan ada laluan kecemasan dan isu rumah mengetahui mengenai jalan keluar berkenaan.
3. Elak guna litar elektrik berlebihan
Apabila menggunakan alat extension atau soket elektrik jangan melakukan penyambungan berlebihan sehingga membebankan litar elektrik.
4. Letak alat pemadam api
Alat tersebut sangat praktikal. Tempatkan satu unit alat pemadam api jenis debu kering atau jenis gas di rumah sekiranya berlaku kebakaran kecil daripada terus merebak.
5. Dapur gas
Jika terbau gas berkemungkinan tong gas, paip gas atau dapur sudah bocor. Segera bertindak membuka semua pintu dan tingkap untuk pengaliran udara dan tanggalkan kepala gas tersebut.
Dalam pada itu, jangan sesekali cuba nyalakan dapur gas kerana jika ada kebocoran ia boleh menyebakan dapur korang meletup!
Segera hubungi pihak bomba dan penyelamat untuk bantuan lanjut.
BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…
BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…
TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…
SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…
PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…
PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…