[VIDEO] Budak lelaki tunggang motor, rempuh pagar. Rayu bantuan tuan rumah

A
A
A

UMUM mengetahui memandu kenderaan dan menunggang motosikal tanpa lesen sah merupakan satu kesalahan.

Namun begitu, masih ada ibu bapa yang bersikap lepas perihal undang-undang apabila membenarkan anak bawah umur menunggang motosikal sebelum layak memiliki lesen sah.

Jika tidak diawasi bahaya pasti menanti mereka seperti mana yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Menerusi perkongsian video daripada laman TikTok Hello Kelantan, kelihatan seorang budak lelaki menunggang motosikal berwarna putih di sebuah kawasan perumahan.

Barangkali, menunggang terlampau laju tanpa disengajakan terlanggar pagar kayu rumah penduduk di kawasan kejiranan terbabit.

Kemalangan kecil itu telah menyebabkan motornya tidak dapat dikeluarkan akibat tersangkut di celah pagar.

Apa yang mengundang tawa warganet sudahlah tersangkut kemudian boleh pula siap meminta bantuan tuan rumah untuk menarik motornya keluar. Terlalu panik ya adik?

[VIDEO] Budak lelaki tunggang motor, rempuh pagar. Rayu bantuan tuan rumah

Pada masa sama, kelihatan budak lelaki terbabit sedaya upaya menarik motornya dan berterusan merayu dengan tuan rumah.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet dan sehingga kini telah mendapat lebih 1.9 juta tontonan.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan individu boleh mengambil lesen memandu sekiranya:

1. Genap berumur 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc.

2. Lesen memandu kereta boleh diambil apabila korang genap berumur 17 tahun.

3. Sekiranya berminat untuk mengambil lesen E (bas atau lori) sila tunggu umur korang genap 21 tahun.

@hellokelantanAbe tolong la metaaaaaa...? ##kelantantiktok##kelantan##fyp##fypシ♬ Oh No - Kreepa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca