SEJAK kebelakangan ini aktiviti riadah seperti berjoging, mendaki bukit dan berbasikal sudah mula mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara ini.

Seperti sukan berbasikal, ia merupakan salah satu sukan yang kian mendapat sambutan dalam kalangan pengemar sukan lasak di Malaysia.

Disebabkan itu, baru-baru ini tular sebuah rakaman video di Twitter yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna yang dikenali sebagai @KMZ_santai apabila terdapat beberapa individu yang dilihat sedang melakukan aktiviti berbasikal mendaki di sebuah bukit.

Apa yang menarik perhatian warganet, meskipun beberapa penunggang basikal tersebut dilihat seperti sangat profesional dalam sukan terbabit, namun pada ketika itu mereka telah dikalahkan oleh seorang kanak-kanak.

Kanak-kanak itu dilihat telah memotong beberapa orang penunggang basikal dengan bersahaja sedangkan penunggang lain gigih untuk menghabiskan pendakian yang dilihat sangat sukar bagi mereka.

Ternyata, situasi itu telah membuatkan kebanyakan warganet berasa terhibur dengan keadaan tersebut malahan menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing.

Iklan

Itulah pentingnya latihan dan kekuatan otot kaki ketika membuat kayuhan terutama mendaki bukit.

Namun, kanak-kanak kita sendiri sedia maklum kekuatan dan tenaga mereka jika nak dibandingkan dengan golongan dewasa pastinya berbeza.

Iklan

Mereka juga mempunyai lebih keupayaan dan tenaga disebabkan oleh faktor umur. Betul tak? Apa pendapat korang?