KEBANYAKAN motosikal mempunyai dua sistem tongkat yang utama iaitu tongkat sisi dan tongkat tengah.

Pun begitu,  sebilangan besar penunggangnya cenderung menggunakan tongkat sisi kerana ia mudah digunakan.

Ia seterusnya menyebabkan ramai yang terlupa untuk menaikkan tongkat sisi motosikal sebelum memulakan perjalanan.

Hal berkenaan sangat bahaya dan boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk kemalangan, sama seperti kejadian yang tular di Pulau Pinang.

Kejadian dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan berhampiran lokasi kejadian dipercayai berpunca daripada tersadung tongkat motosikal.

“Tersadung tongkat katanya, syukur nyawa masih panjang,” titip Penang Kini.

 

Video berkenaan dimuat naik ke laman sosial TikTok menerima hampir 500,000 tontonan dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Ia memaparkan penunggang motosikal yang tiba-tiba terjatuh di atas lebuh raya.

Benarlah kata pepatah, berpantang ajal sebelum maut.

Tindakan pemuda berkenaan terus bangun dengan pantas berlari ke tepi lebuh raya menyelamatkan dirinya walaupun nyaris dilanggar.

Dalam kejadian yang pantas itu, jarak pemuda berkenaan sangat hampir, seolah-olah hanya seinci daripada sebuah lori.

Kejadian yang berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai berkenaan hanya berlaku beberapa saat sahaja.

@penang_kiniTersadung tongkat katanya.. Syukur nyawa masih panjang..♬ alloh alloh aghisna – Dany

Warga maya memberikan pelbagai reaksi termasuk terkejut, cemas dan lega susulan paparan video berkenaan. Kebanyakannya menitipkan kesyukuran melihat pemuda berkenaan selamat.

“Ya ALLAH terkedu melihatnya, Alhamdulilah selamat.”

“Allahuakbar nasib badan awak ringan dik. Alhamdulillah dalam lindungan ALLAH SWT.”

“Lebuh raya semasa hujan memang licin. Guna tayar baru pun tetap rasa tidak cengkam.”

“Allahu, hilang jantung tengok. Berpantang ajal sebelum maut.. Alhamdulillah, Allahuakbar.”

“Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan umur abang ini.”

 

Baca juga: [VIDEO]”Mula-mula seram, lama-lama baran dibuatnya”- Abang lori terjah cari pengetuk bikin meremang

Malah warganet turut tertanya-tanya amalan yang dilakukan lelaki berkenaan hingga terlepas bahaya kemalangan.

“Apalah amalan brother ini ? Mungkin doa kedua ibu bapanya atau amalan sedekahnya. Wallahualam.”

Iklan

“Sebelum keluar rumah amalkanlah doa keluar rumah dan doa menaiki kenderaan.”

Panduan Untuk Penunggang Motosikal

1.Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.

2. Jangan menunggang motosikal apabila mengantuk, letih–lesu, mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk atau lesu. (seperti ubat batuk dan ubat selsema), di bawah pengaruh alkohol atau dadah, menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit.

3. Jangan menunggang motosikal apabila korang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mengakibatkan hilang kawalan atau tumpuan. (misalnya penyakit sawan dan penyakit mental).

4. Pakai topi keledar dan pastikan talinya diikat dengan ketat walaupun menunggang pada jarak yang dekat. Topi keledar yang dipakai perlulah mematuhi piawaian SIRIM.

Baca juga: Kisah ‘Rider’ Wanita Bawa Anak OKU Penglihatan Hantar Makanan Jentik Hati Warganet

5. Penunggang perlulah memakai baju berwarna cerah dan jaket dan topi keledar yang dilengkapi bahan pemantul cahaya atau reflective.

Iklan

6. Jangan membawa lebih dari seorang pembonceng pada bila-bila masa.

7. Semasa menunggang, pastikan semua lampu berfungsi termasuk lampu depan, belakang dan signal .

8. Sentiasa menggunakan lorong motosikal yang disediakan.

9. Jangan menunggang melebihi had laju.

10. Patuhi tanda-tanda jalan raya.

11. Jangan ‘menyelit’ di antara kenderaan.

12. Jangan berhenti di bawah jejambat kecuali di tempat yang disediakan terutamanya pada waktu hujan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok Penang Kini, KKM