ANAK-anak semasa kecil selalu inginkan sentuhan dan belaian daripada kedua ibu bapa.

Sukar untuk membuatkan mereka mengerti tentang kehilangan ahli keluarga sama ada disebabkan perpisahan mahupun kematian.

Apa yang mereka tahu adalah rindu dan hanya ingin bertemu segera.

Sebuah video dikongsikan pengguna laman sosial TikTok, @irwansyah865 menyentuh hati ramai.

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Ia memaparkan perbualan dua orang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita dipercayai ibu mereka yang kemudian menjadi tular dan menerima hampir setengah juta tontonan dan 43,000 tanda suka.

Menerusi paparan video berdurasi 17 saat itu, salah seorang daripada kanak-kanak yang dipercayai sebagai kakak bernama Hawa menyuarakan hasrat bertemu bapa dengan mata berkaca-kaca, seolah-olah sedang menahan tangisan.

Kakak: Ibu…Hawa nak pergi dekat papa.

Ibu: Nak pergi dekat papa, rindu ke?

Kakak: Rindu, Hawa tak pergi lagi….

Adik: Kakak tak boleh pergi dekat papa, sebab papa mati.

 

@iwansyah865 #fyp #kasihayahsampaisyurga ♬ original sound – iwansyah95

Video pendek berdurasi 17 saat itu cukup meruntun hati warga maya yang rata-rata mengaku menitiskan air mata menyaksikan telatah dua beradik perempuan berkenaan.

“Tengok mata Hawa, berlinang air matanya.”

“Ya ALLAH, menitis air mata jantanku.”

“Makcik tidak boleh menahan air mata Makcik sayang.”

“Terus sebak dengar adiknya cakap begitu.”

“Ingat senangkah untuk senyum dengan air mata bertakung di kelopak mata? Aku sudah dewasa ini pun belum tentu boleh buat begitu, ALLAH…”

“Yang bongsu itu seolah-olah faham, Masya-ALLAH.”

Iklan

“Ya ALLAH luluhnya hati tengok anak-anak rindukan papa yang sudah tiada.”

“Sebab inilah saya mempertahankan rumah tangga kecuali berpisah kerana kematian. Anak-anak perlukan kasih sayang ibu dan ayah untuk mereka membesar.”

Kredit foto: Freepik

Tidak kurang juga menitipkan doa buat anak-anak ini agar membesar dengan sempurna dan menjadi permata hati yang solehah.

“Ya ALLAH kuatkanlah hati anak-anak ini.”

“Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan, anak-anak ini menjadi solehah. Aamiin.”

Iklan

“Sebak, semoga anak-anak dilindungi dan membesar menjadi anak-anak yang solehah. Aamiin.”

“Ya ALLAH semoga anak-anak comel ini kuat walaupun ayah sudah tiada.”

Rindu kepada ibu atau bapa yang sudah meninggal dunia amat menyeksakan. Justeru titipan doa adalah sebaik-baiknya dihadiahkan buat mereka.

Firman ALLAH SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Surah Ibrahim:41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”

Baca juga: “Selamat Tinggal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan…” Peminat Sebak Baca Coretan Jatuh Bangun Pengasas Didi & Friends

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @irwansyah865, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan