KISAH buaya ganas menyerang manusia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia tambahan pula seperti di bumi Kenyalang, Sarawak, negeri itu cukup sinonim dengan legenda Bujang Senang.

Bujang Senang merupakan spesis buaya tembaga yang agresif, malah dikatakan lebih kejam berbanding ikan jerung.

Bujang Senang terkenal dengan badannya yang panjangnya 19 meter dan mempunyai jalur putih di belakang badan.

Bujang Senang menjadi igauan ngeri kepada masyarakat Iban kerana ia dikatakan bersaiz sebesar sebuah bas dan mampu membaham ramai mangsa dengan sekali lahap sahaja.

Disebabkan itu penduduk dan masyarakat setempat lebih berhati-hati jika ingin menyusuri sungai atau menghampiri habitat utama reptilia berkenaan.

Namun, baru-baru ini lain pula kisahnya apabila tular satu video di laman sosial Twitter yang dimuat naik oleh @WahyuYordan.

Melalui perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang berada di muara sungai menaiki sebuah sampan sedang ‘bermain’ dengan seekor buaya yang dilihat sangat jinak.

[VIDEO] Lelaki suap buaya liar makan guna tangan, macam bagi kucing makan jer lagaknya

Lelaki tersebut dilihat memberi makan kepada seekor buaya liar dengan bersahaja yang mana dia hanya dengan menggunakan tangan menyuap ke mulut buaya tersebut.

Lebih mengejutkan, lelaki itu juga bersikap selamba dengan mengusap belakang haiwan ganas tersebut.

Hampir kesemua warga netizen yang melihatnya berasa gerun dengan tindakan terbabit di samping ada yang turut memuji kelakuan lelaki berkenaan.

Iklan

[VIDEO] Lelaki suap buaya liar makan guna tangan, macam bagi kucing makan jer lagaknya

Mana tidaknya, warganet juga ada yang beranggapan biarpun buaya tersebut dilihat jinak, sifat ganas tetap ada pada reptilia itu. Ia boleh bertindak agresif jika berasa terancam atau kelaparan.

Tambahan pula buaya adalah haiwan reptilia terbesar di bumi ini yang mana ia mempunyai gigitan yang paling kuat sehingga mampu membunuh mangsa dengan cukup mudah.

Iklan

Video yang berjaya dirakam berdurasi 25 saat itu sehingga kini berjaya meraih lebih 280k tontongan dengan hampir 15k ulang kicau.

Fuh gerun!