[VIDEO] Mengidam bau tar jalan, suami pasrah layan kehendak isteri sedang hamil

A
A
A

SUDAH pasti, tempoh berbadan dua bukanlah proses yang mudah.

Bahkan, sepanjang tempoh sembilan bulan itu, para suami juga tidak terkecuali 'penatnya' kerana mereka juga perlu memahami dan melayan karenah isteri.

Itulah yang turut dilalui oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Nazir menerusi perkongsiannya dalam sebuah video di TikTok baru-baru ini.

Ujarnya, isterinya yang sedang hamil telah meminta sesuatu yang agak pelik iaitu mengidam bau cat dan jalan tar.

Demi menuruti kehendak itu, Nazir berkongsi detik bermakna itu kepada orang ramai.

Berdasarkan rakaman tersebut, setibanya lelaki itu di lokasi, terpancara rasa gembira wanita itu yang dapat menghidu bau tar.

Wanita itu khusyuk 'melayan' bau tersebut, meskipun sekadar dari tingkap kereta sahaja.

Kata Nazir, mujurlah kebetulan pada masa itu terdapat projek menurap jalan berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan kegusaran seandainya selepas ini isterinya mengidam permintaan yang lagi 'dahsyat'.

Pun demikian, demi cinta dan kasih sayang, beliau akan mencuba sehabis baik untuk melayani segala permintaan tersebut.

@nazirrkatimonApa perkara paling pelik waktu korang atau pasangan korang mengandung ?♬ original sound - AbangKurier

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi yang pelbagai.

Di samping mengakui pernah mengidam akan bau tar, mereka juga berkongsi pengalaman mengidam benda-benda aneh daripada kebiasaan selain daripada makanan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca