TIDAK semua daripada kita berani menyelam ke dalam air dalam tempoh yang lama. Apatah lagi apabila ia melibatkan sesi fotografi bawah air.

Aksi seorang wanita yang juga merupakan jurusolek dan pemilik butik pengantin yang memperagakan pakaian pengantin di dasar laut pada kedalaman tiga meter tular.

Video dikongsikan pengguna TikTok Eyra Fadz meraih perhatian warga maya hingga 2.5 juta tontonan.

“Semput pengantin duyung (mermaid) tahan nafas dan posing dalam laut.

“First time kena buat photo shoot underwater hanya menggunakan air support je. Risau saya, itu sahaja pos yang paling ok,”titipnya.

Baca juga: Kelakar habis, hadiah yang dibawa kawan pengantin ini bikin ramai ketawa berdekah

Dia yang dilihat memakai gaun pengantin berwarna putih itu membuat pelbagai gaya untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Tidak melakukan aksi berisiko itu sendirian, menurut Eyra, sepanjang sesi fotografi tersebut dia menerima bantuan daripada suami.

“Alhamdulillah support ada. Tidak biarkan saya lemas. Saya cuma lemas dengan bayangan. Kena bebel dengan suami sahaja,” kongsinya pada ruangan komen.

@eyrafadz Reply to @s4dlina ♬ Pargoy TikTok – GP丶KING

Tentu tidak mudah menahan nafas yang panjang di sepanjang sesi fotografi. Eyra yang mengaku berupaya menahan nafas selama 10 saat dilihat menggunakan peralatan pernafasan bawah air yang lazimnya dipakai oleh penyelam skuba.

Malah menurutnya, susulan fotografi tersebut mata menjadi bengkak selepas naik ke daratan.

@eyrafadz Semput pengantin mermaid tahan nafas & posing dalam laut 😂😂 #weddingtiktok #shouldbeme #fypシ #mermaid ♬ bunyi asal – พี่ชาย ( C🅰️K )

Iklan

Baca juga: 23 tahun berkahwin belum miliki kad nikah, suami isteri nyaris ditangkap basah di hotel

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen masing-masing kagum dengan aksi wanita berkenaan.

“Okay kak lepas ni boleh belajar kawal mimik muka dalam air, kawal pernafasan, bagaimana hendak buka mulut tanpa masuk air. Boleh pergi jauh kak, seabb memang lawa.”

“Salute sis.. saya pun mampu tahan nafas tak sampai 15 saat.”

“Cuba buat dalam kolam renang, saya rasa air lebih jernih dan tidak masin.”

“Seriuslah buka mata dalam laut. Kalau saya mesti pedih mata.”

Iklan
@eyrafadz Reply to @rawaidaaaa first time kene buat fotoshoot underwater just pakai air support je. ghisauu sis. Itu jela posing yg paling ok 😂😂😂😂 #mermaid ♬ umbrella slowed – xxtristanxo

Pasangan pengantin di Amerika Syarikat, UK, China, Sepanyol, dan Jepun adalah antara mereka yang kerap dilihat atau mengambil gambar di bawah air, dengan pakaian perkahwinan lengkap sejak berdekad yang lalu.

Acara berkenaan lazimnya dilakukan di dalam akuarium besar atau kolam renang.

Baca juga: [VIDEO]Ayah Terjumpa Anak Tengah Kerja ‘Drive-Thru’ Bikin Ramai Jurai Air Mata

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Eyra Fadz , Insider