BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sering kali meraih perhatian warganet dan mampu membuatkan para pengguna media sosial tersenyum dengan hubungan beliau bersama isteri tersayang, Tun Dr. Siti Hasmah.

Sering kali memuat naik gambar bersama, gelagat comel negarawan ini kerap mendapat pujian ramai. Masakan tidak, perkahwinan Tun M dan isterinya pada tahun ini sudah mencecah usia 64 tahun namun beliau dilihat masih romantik dan melayan isterinya dengan baik.

Terbaru, Tun M sekali lagi berjaya mencairkan warganet apabila beliau menzahirkan rasa syukurnya dengan menulis satu posting romantik khas buat isteri tercinta di laman sosial Twitter miliknya.

Video romantik Tun M dengan Tun Siti Hasmah cecah 1.2 juta tontonan dalam masa sehari

Posting tersebut yang diterjemahkah membawa maksud kebiasaannya beliau malu untuk mempamerkan perasaan kasih sayang di hadapan umum.

Namun, menurutnya adalah sesuatu yang bernilai untuk meraikan toleransi dan perasaan selepas 64 tahun berkahwin.

Posting tersebut disusuli dengan tiga keping foto yang turut dimuat naik diambil ketika senja yang berlatar belakangkan pemandangan sunset yang cukup indah.

Dengan latar awam yang kemerah-merahan mendamaikan dan laut yang tenang, pasangan romantis yang telah mencecah usia hampir seabad itu kelihatan tersenyum gembira.

Video romantik Tun M dengan Tun Siti Hasmah cecah 1.2 juta tontonan dalam masa sehari

Iklan

Sementara itu, selain daripada memuat naik foto bersama kapsyen romantiknya, tokoh negarawan itu juga telah membuka akaun TikTok yang dikenali sebagai chedetofficial.

Ya beliau telah membuka akaun TikTok rasmi dengan profil ‘Still Young’ (masih muda) walaupun usianya sudah pun menjangkau 95 tahun bulan lalu.

Video sulung yang berjaya dihasilkan dan dikongsi dalam aplikasi tersebut juga sangat romantik yang mana Tun M telah menghasilkan satu video I’m Just A Kid Challenge bersama Tun Siti Hasmah.

Iklan

Video tersebut menunjukkan mereka bergambar dan kemudian membandingkan gambar yang pernah dirakamkan semasa mereka muda siap dengan kesan ‘filter’. Terbaik Tun!

 

View this post on Instagram

 

64 and still going strong #LoveStory

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on

Sehingga artikel ini ditulis akaun TikTok beliau sudah mencapai 43,600 pengikut dan video sulung yang dihasilkan pula mencecah 1.2 juta tontonan hanya dalam masa sehari ia di muat naik. Wow!