[VIDEO] Tetap komited belajar kelas online sambil bekerja, komitmen food rider bikin ramai sebak

A
A
A

MUNGKIN ada di antara kita yang sedang mengeluh dengan rutin harian harian tatkala wabak Covid-19 masih mengganas.

Kepada para pelajar misalnya, mereka terpaksa mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Penilaian mereka pula dinilai berdasarkan tugasan dan elemen kreatif masing-masing seperti menyediakan rakaman video pembentangan.

Sudah menjadi trend sekarang, terdapat sesetengah pelajar yang terpaksa bekerja sambilan dan hal ini sememangnya menuntut lebih banyak komitmen.

Masakan tidak, mereka perlu bijak mengimbangi antara seorang pelajar dan pekerja sambilan.

Mengambil iktibar daripada satu video ringkas di TikTok, seorang anak muda yang dikenali sebagai Haziq berkongsi pengalamannya mencari rezeki ketika masih bergelar pelajar di sebuah pusat pengajian.

Walaupun sibuk bekerja sebagai food rider, beliau masih menghadiri kelas yang dilakukan secara dalam talian.

Menerusi video yang tular berdurasi 19 saat itu, Haziq dilihat sedang fokus menyertai kelas online dengan memakai baju food ridernya itu.

Lebih sebak, pemuda yang berusia 19 tahun itu hanya melutut di atas tanah dan turut ditemani rakan-rakan sekerja lain.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih kan?

@anak_ronaldo?♬ Beggin' - Måneskin

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan terharu dengan kegigihan remaja itu.

Baca juga: Sedihnya, bayi sudah dua hari meninggal baru dapat dikebumi sebab tak ada duit

Mereka memuji tindakan Haziq dalam usahanya menimba ilmu, selain ramai yang menitipkan doa agar beliau dimurahkan rezeki.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca