[VIDEO]"Alahai comelnya tengok atuk dan cucu ni" - Gelagat Ismail Sabri mencuit hati

[VIDEO]"Alahai comelnya tengok atuk dan cucu ni" - Gelagat Ismail Sabri mencuit hati
[VIDEO]"Alahai comelnya tengok atuk dan cucu ni" - Gelagat Ismail Sabri mencuit hati
A
A
A

KATA orang, hubungan atuk nenek dengan cucu berbeza dengan anak sendiri.

Layanan mereka terhadap cucu-cucu juga selalunya istimewa.

Begitu juga dengan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sering berkongsi kehidupannya bersama cucu.

Terbaharu, beliau berkongsi di Intagram sebuah video dirinya meniru cara cucu perempuan berjalan dengan sangat comel.

Video yang berkapsyen "Bila dengan cucu kita kadang-kadang jadi lebih baby dari cucu" itu juga menunjukkan keakraban dan kasih sayang seorang atuk kepada cucu.

Rata-rata pengikut beliau mencuit hati apabila melihat gelagak itu.

cikmeer6_official - Kasih sayang atok dengan cucu, sangatlah istimewa buat anak-anak kecil.

syahida.munira21 - Alahai comelnya tengok gelagat atuk dan cucu ni.

dorengibson - Terubat segala penat lelah bila ada cucu yang sambut kepulangan atuk.

imtheonlymes - Comel je atuk dan cucu... moga datuk dan family juga kita semua diberi kesihatan yang baik.

Baca juga Bekas atlet kini berkerusi roda, jual 1,000 botol Ayaq Petak setiap minggu

sitiamizahchesoh5664 - Terapi yang baik bila   cucu.

parfait.droule - Cute sangat video ni datuk... such a lovely grandpa.

larra_omar - cutenya atuk, semoga panjang umur, diberi kesihatan agar dapat menghabiskan masa bersama cucu-cucu.

Terdahulu, pakaian dan barangan rumah Datuk Seri Ismail Sabri ketika mengadakan sidang akhbar harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menjadi perhatian ramai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca