[VIDEO]Bekas pramugara selamatkan anak anjing daripada hanyut

TINDAKAN pantas seorang pemuda dipuji ramai apabila dia berjaya menyelamatkan nyawa seekor anak anjing yang hampir lemas di dalam longkang.

Pemuda yang dikenali sebagai Arif itu bertindak pantas mengambil penyodok sampah sebagai alatan bantuan untuk membawa naik anak anjing tersebut yang kebetulan berhampiran dengan kedainya.

Melalui perkongsiannya di Instagram @arif_fiego, video yang dirakam isterinya itu menunjukkan seekor ibu anjing hanya mampu melihat anaknya di dalam parit.

Katanya, sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan sayangkan haiwan memang dia terus berlari mencari benda yang boleh angkut puppy tu keluar.

Artikel berkaitan: [VIDEO]Sayunya… Laungan azan mengiringi petugas frontliner ke Sabah

Walaupun misi menyelamat itu agak sukar kerana parit itu agak tinggi, Arif tetap berusaha keras supaya anak anjing itu tidak mati lemas disebabkan arus yang deras.

Selain itu, Arif turut berkongsi mengapa dia tidak terus turun ke dalam parit itu kerana bagi mereka cara itu lebih mudah dan pantas.

Iklan
Iklan

“Saya mesti mengambil kira keselamatan saya. Parit tu nampak mata kasar ia cetek tapi sebenarnya dah diselaputi lumut yang tebal dan licin. Mungkin juga ada objek tajam yang membahayakan.

“Sekiranya saya lompat mungkin saya akan tergelincir yang boleh menyebabkan kecederaan,” tulisnya.

Rata-rata warganet memuji Arif yang juga dikatakan bekas pramugara iu kerana memiliki hati yang mulia.

Kata mereka;

zanaziana88 – Allah hadirkan kamu sebagai penyelamat. Kejadian ini dirakam agar boleh jadi iktibar dan pengajaran baik kepada anak muda yang dekat dengan media sosial. Semoga Allah balas kebaikan kamu sekeluarga dengan rahmatNya.

vslperak.wnjulie – Salute you bro. Alhamdulillah!

sheerawho – Semoga awak murah rezeki dan dipermudahkn segala urusan.

haira_hani – Akak yang nangis dulu dik… takut kalau puppy tu tak dapat diselamatkan. Walaupun hanya seekor anak anjing, dalam keadaan ini nyawanya sangat berharga. Tahniah dik, mulianya hatimu.

syh.ikml_ – Indahnya dunia jika semua mempunyai sifat ihsan seperti kamu, semoga dipermudahkan urusan.

thestellavee – It was a great job! I watched and I only felt that it was truly heartwarming.

nurul_akmar – Moga Allah membalas kebaikan dan melimpahkan rezeki yang tak pernah putus seperti air zam zam yg mengalir buat tuan sekeluarga.

rianialya_danirahmani1578 – Semoga Allah akan memberimu rezeki yang tiada kesudahan wlaupun pada msa ini awak sangat memerlukan bantuan pekerjaan. Allah maha adil dan banyakkan berdoa dan berkat dari awak selamatkan haiwan tersebut, kita tak tahu dia juga berdoa untuk kita.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

1 hour ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

15 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

19 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

20 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

21 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

23 hours ago