[VIDEO]Berucap guna bahasa Melayu di pentas PBB, ramai bangga tindakan Tuan Ibrahim

03
03
A
A
A

KEMUNCULAN Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland mengejutkan ramai.

Ini berikutan ada pihak yang mengatakan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak hadir ke acara tersebut, malah ada juga kalangan netizen yang berpandangan beliau tidak ke Scotland kerana takut berbahasa Inggeris.

Namun hari ini tular sebuah video memaparkan Tuan Ibrahim yang sedang berucap di persidangan berkenaan.

Video ucapan beliau yang berdurasi kira-kira empat minit itu tular di media sosial termasuk WhatsApp, Twitter dan Facebook.

Apa yang mencuri tumpuan ramai apabila ucapan beliau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Umum mengetahui, beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang kini sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Hutan Aokigahara

Bukan itu sahaja, Tuan Ibrahim yang tampil segak dengan bersuit dan kopiah hitam itu juga turut menyelitkan ayat suci al-Quran yang bermaksud "berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia" pada awal bicara.

Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata warga maya berbangga kerana beliau menggunakan bahasa Melayu sekali gus dapat memartabatkan bahasa ibunda itu dipersada dunia.

Ujar mereka;

"Tindakan yang terbaik. Tidak perlu malu berbahasa ibunda. Event international mesti ada translator. Baik berucap fasih berbahasa Melayu daripada tersangkut-sangkut berbahasa Inggeris."

"Memartabatkan bahasa Melayu. Ini sebenarnya satu tindakan yang sangat baik, apatah lagi di waktu orang Melayu sendiri yang wannabe omputih menolak bahasa melayu. Kena pada masanya Bahasa melayu bergema di pesada antarabangsa."

"Terbaik! Mat Salleh kebanyakan tahu berbahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau ketiga..syabas! Daulat Bahasa Melayu! Zaman penjajahan pun mat salleh dah tau berbahasa Melayu."

"Berasa bangga. Inilah masa memartabatkan Bahasa Melayu. Pemimpin lain rileks je guna bahasa sendiri. Jadi nak malu apa? Berbanggalah."

"Ini yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin atau perwakilan negara yang menyampaikn apa sahaja ucapan, daulatkan bahasa Melayu."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca