Koleksi raya Be Spoke Hanna Rauda, gabungkan klasik & moden dengan sentuhan sulaman halus

No Image Caption
A
A
A

JENAMA Hanna Rauda membuktikan busana raya boleh tampil dengan sentuhan moden tanpa mengorbankan aura klasik.

Debut sulung mereka di pentas runway menjadi momen bermakna apabila memperkenalkan konsep Be Spoke, rekaan eksklusif yang dihasilkan secara tempahan khas dan bukan siap sedia.

Menurut Pengurus Pemasaran & Jualan, Alia Athirah Zainudin, lapan rekaan Be Spoke menampilkan cerita tersendiri.

"Sebenarnya, kami hanya merancang untuk membawa tiga koleksi utama iaitu Warisanku, Persona dan Aurora yang memang sudah berada di pasaran.

"Namun, khas untuk pentas peragaan baru-baru ini, kami mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan lapan rekaan Be Spoke yang direka sepenuhnya berdasarkan kreativiti dan cita rasa kami sendiri.

"Alhamdulillah, semuanya berjaya disiapkan tepat pada waktunya. Ini juga merupakan kali pertama kami menyertai runway dan kami amat bersyukur diberi peluang beraksi di KLCC untuk memperkenalkan jenama Hanna Rauda," ujarnya.

No Image Caption

Setiap helaian menggabungkan pilihan material dan lace yang dipilih sendiri, menjadikannya unik serta mencerminkan identiti jenama yang sinonim dengan sulaman halus. 

Jika pelanggan menginginkannya, mereka perlu menunggu kerana setiap rekaan dihasilkan secara eksklusif.

Tiga koleksi utama iaitu Warisanku, Pesona dan Aurora itu tampil dengan 24 rekaan baharu sempena musim perayaan. 

Koleksi Warisanku mengetengahkan penggunaan Thai Silk yang lembut dan mesra kulit, mengekalkan aura klasik dalam siluet moden yang praktikal. 

No Image Caption

“Kami mahu mengekalkan identiti klasik sambil menyuntik elemen moden. Warisanku memperlihatkan keseimbangan antara tradisi dan keselesaan,” ujar Alia.

Sementara itu, Aurora yang diinspirasikan daripada fenomena Aurora Borealis mencuri perhatian dengan permainan warna eksklusif serta motif seperti Strawberry Matcha yang mendapat sambutan hangat tahun ini. 

Dengan kemampuan menyiapkan tempahan dalam tempoh lima hingga tujuh hari, Hanna Rauda bukan sahaja mengutamakan estetika elegan, tetapi juga kecekapan servis,  memastikan setiap wanita dapat tampil istimewa menjelang lebaran.

Malah, dalam setiap helaian busana yang ditampilkan, identiti Hanna Rauda kekal jelas, yang mana menggabungkan elemen tradisional Melayu dengan sentuhan kontemporari dan sofistikated.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang