“DON’T judge a book by its cover.” Ya, mungkin perumpamaan ini sangat tepat diguna pakai apabila melihat kepada situasi ini.

Kadang-kadang apa yang kita lihat luaran bukanlah gambaran buat keadaan sebenar!

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai sebuah rumah yang disangka usang namun sebaliknya buat ramai terkejut.

Menerusi perkongsian video pengguna TikTok @salahuddinmazelan, dia sedang menjenguk sebuah rumah yang kelihatan seperti pondok atau bangsal dihuni seorang pak cik.

Pada awalnya, ramai yang simpati mengenangkan warga emas itu yang tinggal di rumah yang hampir reput.

Namun sejurus selepas pintu rumah tersebut dibuka, ramai terkesima kerana ia dilihat seperti sebuah mahligai mewah!

Bukan sahaja cantik, keadaan perabot yang tersusun rapi dan bertemakan warna keemasan memang buat ramai terpegun.

Apa yang sangat mencuri perhatian apabila turut dilihat bilik airnya yang lengkap dengan tab mandi serta menggunakan sinki berteknologi sensor. Wow!

Baca juga [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas

[VIDEO]Luar usang, dalam ibarat kayangan, bangsal tular buat ramai kagum

Sementara itu, media tempatan melaporkan, kos pembinaan rumah berkenaan sebenarnya mencecah RM11,000.

Pemilik yang dikenali sebagai Pok Din Lejeng mengakui pondok tersebut dibina sebagai tempat berehat selepas penat berniaga.

Malah, ia turut digunakan oleh pekerja serta pelanggan untuk ke tandas ketika bertandang ke kedai makannya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya teruja dan terpesona dengan kecantikan rumah tersebut. Ada yang mengatakan ia sangat unik.

Perkongsian itu juga memberikan inspirasi kepada orang ramai dan membuka mata bahawa jangan menilai sesuatu hanya dengan sekali pandangan.

Iklan

Ujar mereka;

“Mula-mula ingatkan pak cik ni orang susah… sekali masuk dalam, saya lagi susah.”

“Ini baru real luar setinggan dalam condo.”

“Inilah orang kata, kaya jangan ditunjuk. Biar kita je tahu. Betul sangat lah ni.”

“Begitulah juga usah menilai seseorang itu hanya pada raut rupa. X-raylah pada hati budinya.”

Iklan

“Biar di luar tak cantik tetapi di dalam lebih indah yang kita lihat, renungkanlah.”

“Mula-mula tengok terus terfikir kenapa tak ada orang tag Ustaz Ebit Lew. Tapi bila pak cik buka pintu terus lupa Ebit Lew.”

@salahuddinmazelan Kepala paip air sinki😬 #fyp #pondokusang ♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI