[VIDEO]Lucu! Budak nangis posmen selalu hantar barang mak

MUDAH, senang dan menjimatkan! Itu antara kelebihan yang sangat ketara apabila kita membeli belah secara online. Betul tak?

Bayangkan kita boleh shopping pada bila-bila masa sahaja yang kita nak walau di mana berada.

Selain boleh menilik barangan sepuasnya, kita juga boleh mencari harga yang paling berbaloi!

Hanya dengan menggunakan sebuah telefon pintar dengan internet, semuanya di hujung jari.

Daripada barangan keperluan sehinggalah barangan basah, dah boleh order online saja.

Iklan
Iklan

Lega sangat kerana teknologi sekarang ni dah semakin maju dan segala yang ditawarkan kepada kita mampu membantu dalam mencapai apa yang kita inginkan setiap hari.

Membeli barang secara atas talian memang sesuatu yang memudahkan.

Lagi-lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang ini, ramai yang lebih selesa membeli secara online saja.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang kanak-kanak menangis gara-gara posmen yang datang ke rumahnya sering menghantar barang online maknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh aliysar20 itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis teresak-esak.

Yang lucunya, apabila ditanya kenapa menangis, dia dengan selambanya menjawab kerana abang posmen sering menghantar hanya barang online mamanya.

Alahai! Ini kes cemburu mak asyik beli barang online untuk diri sendiri sahaja la ni.

Selain itu, wanita itu turut berpendapat bahawa dia mungkin jealous kerana belum pernah terima apa-apa barang atas namanya.

Baca juga “Kami bacakan ayat Ruqyah, bawa berwuduk dan beri minum segelas air”

Sehingga kini video berkenaan telah mendapat lebih 15,200 tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat ragam kanak-kanak tersebut dan turut berkongsi pengalaman sama perasaan cemburu anak masing-masing.

Justeru, mama-mama di luar sana, jika membeli-belah online tu jangan dilupa anak korang juga teringin nama mereka pada parcel.

@aliysar20Apabila ko asyik shopping online je. Anak pun jealous sebab tak belu barang kat dia 😂##foryoupage ##fyp ##fypシ ##fypsounds ##foryou ##CapCut♬ What Lovers Do – 李毅然•
Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

9 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

23 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 day ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 day ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago