SAYU dan luluh hati tatkala menatap sebuah video berdurasi 1 minit 25 saat yang dikongsi oleh PU Syed Bakri di laman Instagramnya.

Video tersebut menunjukkan para petugas Kementerian Kesihatan (KKM) Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan bergerak ke Sabah semalam bagi membantu menangani kes Covid-19.

Video pendek itu membuatkan ramai tersentuh hati apabila keberangkatan itu turut diiringi laungan azan.

PU Syed mendoakan semoga dipermudahkan urusan mereka.. siiru ‘ala barakatillah.

“Laungan azan mengiringi para petugas dari Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu untuk digerakkan ke Sabah – kira dah macam berjuang di medan perang – semoga dipermudahkan. Sama-sama kita doakan keselamatan frontliners ni,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Covid-19: Dua faktor utama penyakit itu tersebar dengan sangat cepat, ini yang perlu diketahui

Rata-rata warganet mendoakan yang baik-baik untuk frontliner. Kata mereka;

eismamaiza0701 – Terasa hiba dan sebak menusuk jiwa… Semoga mereka kuat tabah dalam menggalas tanggungjawab ini. Mereka para barisan hadapan yang hebat. Perjuangan mereka amat disanjung. Semoga mereka diberi kesihatan luar biasa dari ALLAH SWT.

nor_amir95 – Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Lindungilah semua frontliner kita dari segala marabahaya dan kuatkanlah hati mereka ini yang tengAh berjuang untuk agama dan
negara. Aamiin.

nurlfadhilah – Mata masuk habukk. Terpikir kalau diri sendiri yang kena pergi dan tinggalkan family di sini.

wd_awetmuda_deela – Masha Allah mengalir air mata tengok. Kalau lah diri sendiri di tempat mereka, tak kuat rasanya. Salute pada frontliners. Hanya Allah dapat membalas jasa baik mereka. Semoga Allah lindungi mereka dan keluarga mereka. Aameen.

Iklan

nurulsuse – Amin semoga Allah permudahkan segala urusan kalian semua di sabah. Tq fronliner anda hebat.

noranordin1 – Dalam hati masing-masing bercampur baur, demi tugas pada negara mereka rela berkorban meninggalkan keluarga… semoga mereka dalam lindunganNya.

Teruskan berbakti duhai frontliner. Doa kami bersama kalian.

Iklan

Sumber: syedbakri_alyahyaofficial