[VIDEO]Suami rakam isteri curang, kantoi bawa balik lelaki masuk rumah

Menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik oleh @deejayfaz_official3 itu, lelaki itu membuat rakaman dengan nada tercungap-cungap menahan marah
Menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik oleh @deejayfaz_official3 itu, lelaki itu membuat rakaman dengan nada tercungap-cungap menahan marah
A
A
A

ISU kecurangan semakin membarah hari ini dan banyak perkahwinan serta rumah tangga diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Seperti tular sebuah video di aplikasi TikTok baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang hilang kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka.

Menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik oleh @deejayfaz_official3 itu, lelaki itu membuat rakaman dengan nada tercungap-cungap menahan marah ketika berada di luar rumah.

Difahamkan lelaki tersebut keluar untuk berniaga namun tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ya tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3, 4 pagi baru saya tidur," luah lelaki itu kepada seseorang.

Sehingga kini, perkongsian video berkenaan meraih lebih 3.3 juta tontonan dan mendapat lebih 16,000 reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap pemuda terbabit.

Sementara itu, seorang individu dikenali Puteri 3036 turut berkongsi rakaman video penuh dan salinan laporan polis berhubung kejadian terbabit di Facebook.

Angkara curang, suami ini buat majlis kesyukuran malukan isteri

Berdasarkan salinan laporan polis, lelaki tersebut bertindak 'menyerang' skandal isterinya dengan membaling pasu akibat terlampau geram dengan kecurangan yang berlaku sebelum 'orang ketiga' itu dibawa ke balai polis.

Kejadian berkenaan juga tular di semua media sosial. Rata-rata warga maya mengecam perbuatan si isteri yang sanggup mengkhianati kesetiaan suami.

Ujar mereka;

"Tabahnya lelaki itu ya ALLAH, mesti dia pandai handle marah sebab lidah tak berhenti sebut nama ALLAH. Moga diberi kekuatan."

"Dengar cara dia nafas pun boleh tahu tabahnya diri dia. Berat ujiannya."

Baca juga [VIDEO] Hasrat mahu tarik duit dalam kek, lain pula jadinya. Sambutan ulang tahun Aki buat ramai terhibur

"Dia ni mesti orang yang baik. Walaupun tengah marah percakapan tetap baik. Sabarlah bang, moga bertemu dengan yang lebih baik selepas ini."

"Subhanallah, mintak dijauhkan dari kita dan keluarga. Hancur hati suaminya."

"Jangan ingat lelaki dilahirkan tanpa hati dan perasaan. Dengar suara abang tu kecewa gila."

@deejayfaz_official3lagu ni memang sesuai kisah curang pasangan... Neraka tempatnya dosa besar

♬ Berpaling Kasih Ewan J - Deejay Fazz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca