‘Wah untungnya isteri’, usaha suami buat kejutan sambut anniversary buat ramai tersenyum

ULANG tahun perkahwinan adalah salah satu tarikh yang ditunggu-tunggu buat seorang wanita bergelar isteri.

Beruntung jika memiliki suami yang romantik pasti banyak kejutan yang diterima pada hari-hari istimewa.

Seperti yang tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok memaparkan seorang suami merakamkan persediaannya membuat kejutan untuk isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat merancang melakukan kejutan itu secara sederhana di mana dia tidak menggunakan wang yang banyak dalam persediaan tersebut.

“Menghargai tak perlu banyak wang…,” coretnya.

Apa yang menarik perhatian adalah walaupun tidak mewah, usaha yang ditunjukkan oleh lelaki itu sangatlah tinggi dalam membuat kejutan tersebut.

Baca juga ‘Once broken, considered sold’, suami isteri curang bersedia dengan kehilangan

Foto fail

Jelas kelihatan isterinya sangat terharu mendapat kejutan daripada suami tersayang.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyifatkan wanita tak memerlukan kemewahan untuk dihargai.

Ujar mereka;

“Wah untungnya isteri… yelah anak akan terikut apa yang dia tengok. Moga terus bahagia sampai syurgaNya.”

“Effort abang lagi mahal dari makan fine dining kat KLCC.”

“Seorang isteri tak minta pun wang ringgit berjuta, emas sampai ke lengan. Cukuplah dihargai walaupun diberi cadbury 1 slice pun dah terharu.”

Iklan

Baca juga Botakkan rambut isteri lalu dikucupnya, tindakan suami cukur kepala sendiri undang sebak ramai

“Napeku menangis tengok ni, sebab daku pun seorang isteri. Jangan bagi alasan jenis tak romantik/ nak jimat/ tak tahu nak bagi atau buat apa. Bro tak perlu benda mahal pun.”

“Suka tengok this effort. Struggle dia nak wife dia happy.”

Sehingga kini video tersebut telah meraih sehingga 1.2 juta views, hampir 103 ribu likes dan lebih 10,000 shares.

Iklan

Sumber: TikTok @dik_wan96

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!