WANITA sering kali menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Dek kekejaman suami kaki pukul, ramai yang mengalami kecederaan fizikal dan mental hingga ada yang cacat kekal serta kehilangan nyawa.

Perbuatan lelaki dayus itu secara tidak langsung memporak-perandakan sebuah perkahwinan. Tidak hanya berserah, wanita sebagai isteri harus memperkasa diri menghadapi situasi ini.

Mengulas mengenai isu ini, usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang muncul dalam siaran langsung Borak Bibir Merah, SinarPlus menyuarakan pendapatnya.

“Kalau dalam masa kahwin, misalnya 10 tahun tidak pernah dia (suami) trick kita begitu dan tiba-tiba perkara ini berlaku saya rasa ia bukanlah seseorang itu kaki pukul.

“Namun jika sebelum kahwin sudah sudah baran sampai mati pun perangai dia begitu. Berpisahlah jalan terbaik untuk menghindari diri daripada dipukul,” katanya.

KENA PEGANG DUIT SENDIRI

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata kaum Hawa harus berdikari dan tidak boleh bergantung kepada lelaki agar tidak mudah diperlakukan sesuka hati.

“Wanita tak boleh terlalu bergantung kepada suami, kena berdikari. Kena ada pendirian sendiri dan pendapatan sendiri.

“Kita tak boleh terus jadi lemah diperkotak-katikkan dalam hal tertentu. Dalam dunia moden ni, wanita bekerjaya jadi keperluan. Cuma kalau sudah bersuami, kena toleransi dan memahami,” katanya.

Selain itu, Che Ta turut menasihatkan wanita dalam memberikan ketatan jangan terlalu ‘lurus’ dalam memberikan sumbangan dalam rumah tangga hingga semua beban perlu ditanggung.

“Duit tu mesti selalu ada di tangan. Jadi maknanya kita perlu ada duit sendiri. Dengan bekerja kita tidaklah bergantung dengan suami dan boleh boleh membantunya.

“Tapi jangan bodoh, jangan semua benda kita nak sumbang. Sekurang-kurangnya suami kena ada tanggungjawab.

“Kita boleh bantu tapi bukan kita yang sara suami. Ingat tu, kita kena ada duit sendiri supaya kita ada hak untuk bercakap dalam rumah tangga,” katanya.

KAKI PUKUL TAK BERHAK DAPAT PELUANG KEDUA

Iklan

Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi, Dr Azuraida Shahadan yang juga panel bual bicara bertajuk Dayusnya Suami Kaki Pukul turut menasihatkan wanita agar berfikir sedalam-dalamnya untuk memaafkan lelaki kaki pukul bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

”Tiada peluang kedua untuk habit yang toksik. Kita tahu ia akan merosakkan kita kerana esok dan lusa mungkin (insiden memukul) akan terjadi lagi walaupun dia (suami) meminta maaf.

“Kerana meminta maaf adalah dalam keadaan minda sedar. Namun di dalam keadaan separa sedar yang dikawal oleh minda separa sedar, semasa emosi tengah marah (kaki pukul) tetap akan memukul. Sebab tengah marah. Adakah kita mahu perkara itu berulang lagi?

Iklan

Bagi anda yang ingin mendapatkan kupasan lanjut boleh mengikuti siaran di Facebook (klik di sini) atau Youtube (klik di sini).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi