HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk tahun 2020 menutup tirainya dan pastinya, ramai yang tidak sabar untuk menerjah keajaiban tahun baharu dengan harapan wabak Covid-19 terus hilang buat selama-lamanya.

Pun begitu, jangan dilupakan detik-detik mengujakan yang berlaku sepanjang 2020 terutamanya kaki gajet yang sentiasa memburu telefon pintar baharu.

Musim Covid-19 ini nampaknya tidak menghalang pengeluar jenama telefon pintar dunia untuk tidak ketinggalan memperkenalkan edisi terkini.

smartphone

Menurut laporan gsmarena.com, portal tersebut melaporkan mengenai 20 jenama telefon paling popular dan paling dicari sepanjang tahun 2020.

Antaranya seperti Samsung dan Apple termasuk OnePlus dan Xiaomi.

Sayangnya, jenama telefon pintar lain seperti Huawei, Oppo, Vivo, LG, Nokia, Motorola dan Sony tidak tersenarai.

Mungkin terlalu banyak mengeluarkan model baharu ataupun berdepan penurunan jualan gara-gara wabak korona. Mungkin, SinarPlus kurang pasti mengenainya.

Antara faktor yang menyebabkan jenama-jenama itu dipilih disebabkan oleh jangka hayat bateri yang tahan lebih lama dan paparan skrin yang besar.

Berikut 10 model telefon pintar yang mengungguli carta jenama telefon pintar paling popular sepanjang tahun 2020.

smartphone

1. Samsung Galaxy A51
Rata-rata rebiu mengenai telefon pintar itu berpuas hati dengan spesifikasi sistem kamera yang menakjubkan kerana tersedia dengan 48MP Quad dan 12 MP sensor kamera sudut lebar. Memang sesuai buat kaki foto dengan model yang dikuasakan dengan Exynos 9611.

smartphone

2. Samsung Galaxy A71
Model terbaharu dengan spesifikasi kamera yang dipertingkatkan, lengkap dengan Android dan One UI baharu. Dikuasakan dengan Snapdragon 730, Galaxy A71 nampaknya memiliki kelebihan kamera 64MP dan ciri bidikan mikro yang sememangnya menjadi carian hangat.

smartphone

3. Xiaomi Redmi Note 9 Pro
Dikatakan sama seperti kebanyakan model Redmi keluaran sebelum ini, namun Redmi Note 9 Pro cukup hebat dengan ciri skrin lebih lebar, multi kamera yang menarik, bateri yang tahan lasak, ditambah dengan perisian permainan yang dikuasakan Qualcomm, bahkan yang terbaharu didatangkan dengan ciri Android terbaru dengan MIUI. Gajet paling sesuai buat kaki game, bukan?

smartphone

4. Samsung Galaxy S20 Ultra 5G
Ciri ultra yang diperkenalkan membuatkan model ini lebih keterhadapan dengan paparan lebih besar, prestasi bateri menakjubkan kerana mampu mengecas pantas berbanding model lain pada kapasiti RAM16GB sahaja. Ciri kameranya juga luar biasa dengan sensor 108MP lebih besar.

smartphone

5. Apple iPhone 12 Pro Max
Dikatakan reka bentuk paling premium, tahan lama dan paling best kerana mewah dengan ciri terbaik yang dikeluarkan Apple setakat ini dan menjadikan antara fitur baharu paling laris di dunia. Barangkali satu-satunya model Siri 12 yang menyediakan trio kamera baharu dan lebih baik di bahagian belakang. Fuhh! Harganya pun boleh tahan.

Iklan

smartphone

6. Apple iPhone SE
Model edisi istimewa yang paling laris yang dikeluarkan ketika dunia dilanda wabak Covid-19 kerana yang paling murah pernah dijual oleh Apple. Ciri utama iPhone SE baharu adalah cip A13 Bionic persis iPhone 8 dengan kemampuan foto, video, pembesar suara, kapasiti bateri dan kemampuan pengecasan yang sama. Memang berbaloi!

smartphone

7. Xiaomi Redmi Note 9
Tidak dinafikan antara model yang ditawarkan pada harga mampu milik. Peranti canggih hadir dengan palam universal untuk peranti Xiaomi itu bukan calang-calang. Reka bentuk yang ditambah baik, cip pemproses baharu, bateri yang lebih besar dan memiliki semua ciri MIUI 11.

smartphone

8. Samsung Galaxy M31
Galaxy M31 adalah model terbaru dalam barisan telefon pintar eksklusif dalam talian yang mampu dimiliki oleh Samsung yang direka khusus untuk pasaran Asia seperti India. Ciri terkini yang ditambah baik seperti unit 64MP baharu dan juga menambahkan kamera makro khusus.

smartphone

Iklan

9. OnePlus 8 Pro
Model OnePlus 8 Pro dikatakan mempunyai siri spesifikasi yang mengagumkan seperti kapasiti CPU yang high-end, skrin AMOLED mewah 10-bit dan untuk pertama kalinya sokongan pengecasan tanpa wayar. Memang terbaik!

smartphone

10. OnePlus Nord
Meskipun banyak isu tular mengenai model Nord yang lain daripada lain namun tetap didatangkan dengan Qualcomm SDM765 Snapdragon 765G dengan kapasiti memori 256GB 12GB RAM dan disokong perisian Android 10.

Antara jenama yang dipaparkan, mana yang telah anda miliki, ada tak?

Apapun jenama yang digunakan, bagi SinarPlus yang penting adalah kepuasan dan memenuhi keperluan pengguna bukan sahaja untuk menghubungkan insan, bahkan memudahkan kehidupan.

Foto: Unsplash & gsmarena.com.