11 minit sahaja KLIA ke KL Sentral , AirAsia sedia perkhidmatan e-hailing udara

A
A
A

PERJALANAN melalui kenderaan udara ternyata menjimatkan masa susulan tidak perlu berhadapan kesesakan lalu lintas di jalan raya.

Nampaknya e-hailing udara boleh kita dapati di Malaysia tidak lama lagi.

Ia susulan Air Asia melancarkan perkhidmatan baharu iaitu e-hailing yang memberikan pengalaman menarik kepada pelanggan selain peluang perjalanan singkat melalui udara.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes di laman sosial Instagram rasminya.

Baca juga: Dari Jalan Raya Ke Udara Kurang 3 Minit, Kereta Terbang AirCar Bakal Dijual Dalam Masa 12 Bulan

“Dilancarkan hari ini (Rabu). AirAsia Ride kini berada di udara.

“Bakal bermula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya 11 minit!” katanya.

Difahamkan, AirAsia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat electric vertical take-offand landing (eVTOL).

Pesawat VX4 eVTOL

Perkhidmatan itu ditawarkan secara ‘ride sharing’ atau perkongsian penumpang.

Syarikat penyedian pesawat antarabangsa yang berpangkalan di Ireland, Avolon bekerjasama dengan AirAsia Aviation Group Ltd (AirAsia) untuk mewujudkan platform ride-sharing di Asia Tenggara.

Maklumat lanjut pengoperasiannya belum didedahkan kepada umum. Bagaimanapun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.

Baru-baru ini SinarPlus pernah berkongsi mengenai kereta terbang AirCar yang dikatakan boleh berubah daripada kereta ‘sport’ kepada pesawat dalam masa kurang tiga minit.

Baca juga: Teksi terbang bakal beroperasi pada Sukan Olimpik Paris 2024, 30 pengusaha aeronautik seluruh Eropah cuba nasib

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram tonyfernandes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca