1,200 tiket tren khas MySawasdee terus ke Hat Yai habis terjual dalam 30 minit. Ini destinasi menarik wajib singgah

A
A
A

HAT YAI, Thailand antara destinasi popular di sempadan negara yang menjadi pilihan orang kita untuk bercuti.

Selain terkenal dengan jolokan syurga makanan pada nilai lebih murah, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada harga bajet.

KTMB dalam Facebook rasmi baru-baru ini mengumumkan satu berita gembira buat orang ramai yang mengimpikan percutian ala backpackers melalui perjalanan tren ke sana.

Tiga perjalanan tren khas MySawasdee yang dibuka sepanjang bulan ini membawa penumpang dari KL Sentral terus ke Hat Yai.

Kiranya para penumpang yang memilih tren khas berkenaan tidak perlu berhenti di Padang Besar dan perjalanan kalian lebih lancar.

hatyai thailand

Tawaran tiket untuk perjalanan sehala dan dua hala dibuka kepada orang ramai, tetapi kena ingat semua itu hanya untuk tiket dewasa sahaja.

Setakat promosi dibuat, tiada tambang kanak-kanak atau konsesi ditawarkan selain tidak termasuk pakej lawatan, makanan dan minuman.

Jualan tiket yang bermula pada 29 November jam 3 petang itu bagaimanapun dikatakan menerima sambutan luar biasa.

hatyai thailand

Mana tidaknya, sebanyak 1,200 tiket tren khas tersebut habis dijual dalam tempoh 30 minit sahaja!

Memang dahsyat penangan jualan tiket yang bernilai RM75 sempena kempen MySawasdee December Mania yang dianjurkan buat pertama kalinya.

Memahami kesedihan kaki jalan yang tidak berkesempatan untuk membeli 'tempat duduk' dalam tren khas berkenaan, KTMB mengumumkan satu lagi berita menarik.

hatyai thailand

Bagi mereka yang merancang untuk menghabiskan cuti tahun, tempahan tren tambahan ETS untuk Disember ini sudah dibuka.

Baca juga Warga Pantai Timur boleh rebut tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB pulang beraya

Pilihan alternatif untuk ke sempadan negara melalui Padang Besar sebelum sambung perjalanan ke Hat Yai dengan tren Shuttle State Railway of Thailand.

Jualan tiket ETS tambahan tersebut akan dibuka pada 9 Disember ini untuk perjalanan setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin.

hatyai thailand Shuttle State Railway of Thailand.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut memuji pendekatan KTMB yang memudahkan perjalanan ke sempadan.

Tidak kurang juga ramai yang memohon pengendali kereta api utama di Semenanjung itu menambah baik servis.

Berikut komen netizen:

Ini membuktikan masih ramai mahukan perkhidmatan koc konvensional.

hatyai thailand

Sudah masanya KTMB sediakan perkhidmatan ke Hat Yai ini secara mingguan.

hatyai thailand

Sepatutnya kembalikan semula perjalanan Ekspres Langkawi supaya rakyat boleh memilih servis yang sesuai.

hatyai thailand

Tengok tak sampai setengah jam sudah habis 1,200 tiket ni staf KTMB pun tak cukup.

hatyai thailand

Minta tambah trip lagi. Cuti sekolah ramai nak berjalan.

hatyai thailand

Menyesal teragak-agak nak beli tiket.

hatyai thailand

Ramai juga ya yang terkilan disebabkan tiket laku keras dengan pantas.

Mungkin selepas ini ada pilihan lain yang lebih baik buat mereka yang sudah plan bercuti bersama pengangkutan KTMB.

Hatyai Thailand

Baca juga KTMB perkenal kios tiket layan diri tanpa tunai, cara mendaftar cukup mudah!

Apa pun, survey dan dapatkan tiket anda melalui aplikasi KTMB Mobile atau pembelian Go Cashless yang lebih mudah dan cepat.

DESTINASI TUMPUAN

Pembelian tiket sudah dibuat, apa destinasi menarik yang boleh kita singgah?

Khas untuk pembaca SinarPlus, kami senaraikan beberapa lokasi yang wajib pergi:

hatyai thailand SUMBER foto Sinar Harian.

1. Pasar Terapung Hatyai Klong Hae

Alamat: Khlong Hae, Hatyai, Thailand

Waktu operasi: 3 petang hingga 9 malam ( Jumaat hingga Ahad)

Tiket masuk: Percuma

2. Hatyai Cable Car

Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Thailand

Waktu operasi: 9 pagi hingga 8 malam

Tiket masuk: 200 baht (RM25.20)

hatyai thailand SUMBER foto Freepik.

3. Tugu Ikan Duyung Pantai Samila

Alamat: Pantai Samila, Songkhla, Thailand

Waktu operasi: 24 jam

Tiket masuk: Percuma

4. Terowong Bersejarah Khao Nam Khang

Alamat: Mu 1, Tambon Khlong Kwang, Amphoe Na Thawi, Songkhla, Thailand

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang

Tiket masuk: 150 baht (RM18.90)

hatyai thailand SUMBER foto Facebook Chang Puak Camp.

5. Chang Puak Camp

Alamat: 86, Moo 1, Thoong Yai, Hat Yai, Songkhla, Thailand

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang

Tiket masuk: Percuma

6. Pasar Malam ASEAN

Alamat: Jalan Chotwittayakul 5, Hat Yai, Thailand

Waktu operasi: 4.30 petang hingga 10 malam

Tiket masuk: Percuma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca