4 resipi unik berasaskan sosej untuk si ibu di rumah

A
A
A

SOSEJ adalah makanan pilihan yang sering disediakan oleh kebanyakan ibu di rumah kerana penyediaannya yang cukup mudah.

Sosej bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa. Selalunya sosej direbus atau digoreng sahaja.

Jikalau anda kehabisan idea dalam menyediakan resepi hidangan sosej untuk seisi keluarga, kami kongsikan empat resipi unik daripada sosej ini.

cucur sosej

1. Cucur sosej

Daripada kebanyakan idea cucur atau cekodok, ini adalah resipi terbaharu yang boleh dicuba.

Cucur sosej tentunya sedap dicecah bersama sos cili sambil dinikmati dengan teh panas waktu petang-petang.

Bahan-bahannya:

5 batang sosej

7 batang isi ketam

Sebiji bawang besar

2 biji cili merah besar

Daun kucai/ Daun Sup

4 cawan tepung gandum

4 cawan air panas

1 sudu besar pati ayam

Garam secukupnya

1 sudu gula

Cara penyediaannya :

  • Masukkan tepung dan kesemua bahan dalam satu bekas.
  • Tambahkan air panas kemudian gaul sebati dan biarkan sejuk seketika.
  • Sedia untuk digoreng dalam minyak yang banyak supaya tenggelam cucur tersebut dalam minyak.
  • Setelah siap goreng, hidangkan bersama sos cili atau sos lain yang sesuai.

sosej masak 3 rasa

2. Sosej masak 3 rasa

Untuk hidangan lauk tengah atau makan malam yang ringkas, anda boleh sediakan sosej masak tiga rasa untuk hidangan sekeluarga.

Bahan-bahan:

Sosej daging atau ayam yang direbus dan dipotong.

Sebiji bawang besar

3-4 ulas bawang putih

Sedikit halia

Lada benggala

Daun saderi

Sos tomato secukup rasa

Sos cili secukup rasa

Lada sulah

1/2 biji lemon

Gula dan garam

Cara penyediaannya:

  • Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  • Tumiskan sehingga naik bau wangi kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
  • Masukkan juga sedikit air jika masakan terlalu pekat dan masukkan lada benggala dan daun saderi dan gaul rata dengan sos.
  • Masukkan sosej, tambahkan garam, gula dan lada sulah bagi ada rasa.
  • Perahkan sedikit jus lemon dan gaul serata.

sosej masak sos

3. Sosej masak sos

Bahan-bahan:

1 ulas bawang besar (hiris)

2 ulas bawang putih (hiris)

1 bungkus sosej (potong ikut suka)

sos tiram

sos cili

sos tomato

kicap manis

Gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaanya:

  • Panaskan kuali dan letakkan minyak.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris.
  • Masukkan sosej ke dalam kuali dan gaul sampai rata dan masukkan sos tiram, cili, tomato serta kicap manis.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa kemudian tambah sedikit air.
  • Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.

sosej ala paprik

4. Sosej ala paprik

6 batang sosej (potong serong)

2 ulas bawak putih (hiris)

1 biji bawang belanda (hiris)

6 biji cili api (patah²kan je)

4 helai daun limau purut

2 sudu makan cili kisar

2 sudu makan cili sos

2 sudu makan tomato sos

2 sudu makan sos tiram

Bunga kobis

Lobak merah

2 cawan air

Sedikit kicap (kalau anda nak kuah sedikit gelap)

Cara penyediaannya:

  • Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan bawang belanda sehingga layu.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan diikut sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  • Tunggu sehingga masak. Masukkan air, sosej, bunga kobis, lobak merah dan cili api.
  • Masak sehingga kuah mendidih. Akhir sekali, hiaskan dengan daun limau purut.

Lepas ni kalau ada banyak stok sosej di rumah, bolehlah cuba resipi di atas.

Sumber: cookpad, 100comment, sinurul.com

Penulis: Fatin Syazwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca