Set Ramadan Tony Roma’s, sedia hidangan lebih besar

May 2, 2021
Oleh Farah Eliani

SEMPENA Ramadan kali ini, restoran Tony Roma‘s bersiap sedia menyambut pelanggan dengan menu Festive Flavours.

Kali ini saiz hidangan yang disediakan jauh lebih besar agar lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama menikmati hidangan yang lazat pada harga yang sangat berpatutan.

Iklan

Apa kata pelanggan mulakan hidangan berbuka puasa dengan sup tulang unik, Rib Bone Stew.

Selepas itu, beralih pula kepada Festive Beef Ribs Platter yang terdiri daripada 10 ketul tulang rusuk atau Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing dan T-Bone Steak.

Bagi memenuhi cita rasa setiap pengunjung, Tony Roma‘s menyediakan lima rasa unik yang boleh dipilih iaitu dry rub, sriracha, lada hitam, barbeku dan pedas.

Iklan

Terdapat juga hidangan porsi kecil seperti sajian T-Bone Steak.

Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati beberapa pencuci mulut seperti kurma tiramisu atau dua pilih minuman sama ada laici bandung atau laici Mojito.

Iklan

ANEKDOT

  • Lokasi: Semua outlet Tony Roma‘s di seluruh Malaysia
  • Waktu: 10.30 pagi hingga 9.30 malam
  • Tarikh: 19 April hingga 15 Jun 2021
  • Menu signatur: Rib Bone Stew, Festive Beef Ribs Platter, Festive Lamb Slabs Platter dan T-Bone Steak
  • Harga: Bermula RM129 hingga RM359.90 (set 4 hingga 6 orang)
  • Laman web: www.tonyromas.com.my.
Iklan
Iklan