NEGERI Sembilan merupakan antara destinasi riadah popular yang sering dikunjungi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Selain terkenal dengan keindahan pantai, bukit-bukau dan gunung-ganang juga menjadi lokasi liburan buat pencinta alam semula jadi yang suka aktiviti mendaki.

Bagi kalian yang merancang untuk mengisi masa hujung minggu dengan aktiviti menerokai hutan simpan, mungkin tercari-cari tempat pendakian mesra kanak-kanak yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga.

Bukan apa, selain penat hiking lebih sejam lamanya, si kecil boleh bermandi-manda di kawasan air terjun berhampiran sempena cuti sekolah sudah bermula.

riadah

Lagi cun, kawasan berkenaan mempunyai tapak sesuai untuk berkhemah atau disediakan penginapan untuk keluarga yang ingin bermalam.

Melalui carian di media sosial mendapati, terdapat lima tempat menarik yang boleh dipertimbangkan anda jika bercadang ke negeri yang terkenal dengan adat pepatih itu.

Berikut informasinya:

riadah
SUMBER foto: Facebook Mamat Mj Lui

1. Bukit Melati

  • Antara destinasi mesra kanak-kanak dengan laluan tidak ekstrem sejauh 4 kilometer (km).
  • Memiliki ketinggian 350 meter (m) dari paras laut.
  • Jika fit dan tiada masalah kesihatan, masa pendakian lebih kurang sejam untuk sampai ke puncak.
riadah
SUMBER foto Facebook Taman Negeri Kenaboi

2. Taman Negeri Kenaboi

  • Hutan simpan seluas 85,000 hektar yang terletak di Hutan Simpan Kenaboi yang kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid liar, herba dan palma.
  • Jika berhasrat untuk bermalam, kemudahan penginapan calet, dorm atau tapak khemah disediakan selain tandas awam.
  • Antara aktiviti menarik boleh dilakukan seperti menerokai Gua Harimau, Batu Bulan dan perkampungan Orang Asli.

Baca juga Lokasi terbaik kaki pancing, 5 pantai menarik di Johor wajib terjah

riadah
SUMBER dan foto: https://forestry.ns.gov.my

3. PD Forest Sungai Menyala

  • Salah satu destinasi yang popular di Port Dickson dengan keluasan 1,280 hektar yang mana 15 peratus daripadanya merupakan kawasan berpaya.
  • Bagi mereka yang membawa anak kecil, bolehlah beriadah di Denai Razani, Warisan Hutan dan Pelbagai Guna selain Galeri Orang Asli.
  • Mahu bermalam di sana? Jangan bimbang kerana dorm, bilik dan tandas awam disediakan.
riadah
Sumber dan foto: https://forestry.ns.gov.my

4. Jeram Tengkek

Iklan
  • Kawasan perkelahan yang sering menjadi pilihan khususnya mereka yang memiliki anak kecil yang terletak kira-kira 30km dari Pekan Bahau.
  • Destinasi yang cantik yang terletak di Hutan Simpan Serting yang menggabungkan Sungai Jempol dan Sungai Tanun yang membentuk beberap jeram yang sesuai untuk tempat beriadah.
  • Pilihan tapak khemah, calet dan wakaf untuk mereka yang mahu bermalam selain kemudahan surau dan tandas.

Baca juga 6 destinasi viral pencinta buku wajib singgah. Lokasi nombor 4 paling jadi tumpuan

riadah
SUMBER foto: Facebook Norma Razalli

5. Bukit Batu Putih

  • Setiap kali hujung minggu, Bukit Batu Putih setinggi 328m dari paras laut itu sentiasa menjadi tumpuan ramai.
  • Tidak jauh dari Tanjung Tuan, Port Dickson, trek laluan mudah hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga satu jam bergantung kepada stamina masing-masing.
  • Setakat ini, caj masuk RM1 sahaja dan terdapat dua jalan iaitu jalan pantai dan jalan hutan.

Baca juga 5 aktiviti riadah bersama anak kecil boleh dilakukan meskipun duduk di rumah

Bagi kalian yang mahu bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah ini, apa kata pertimbangkan destinasi yang dekat dengan kawasan pantai dan air terjun.

Iklan

Jangan lupa bawa repellent insect buat si kecil bagi mengelakkan mereka tidak selesa ketika mendaki atau bermalam di dalam hutan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan