PADA setiap tahun, pengeluar automotif dunia sentiasa menaik taraf model keluaran mereka agar setanding dengan perkembangan teknologi dan situasi semasa.

Sesetengah jenama besar seperti Toyota, Honda, Hyundai dan Chevrolet pula terus mengambil langkah dengan memperkenalkan model baharu ke pasaran global dengan harapan dapat meningkatkan jualan pada tahun ini dan depan.

Seperti biasa, beberapa elemen seperti ciri keselamatan, kemasan lebih premium termasuk pengenalan teknologi terkini diberi fokus utama agar jentera masa hadapan yang didesain berada pada tahap tertinggi.

jenama 2023

Menurut motorbiscuit.com, kebanyakan pengeluar sudah pun menghasilkan inovasi baharu untuk dipasarkan sedikit masa lagi.

Laman web berkenaan memperkenalkan lima model utama yang mungkin menambat pandangan ramai iaitu:

1. Toyota GR Corolla
Keluaran: Toyota Motor Corporation
Negara: Jepun
Harga: RM170,183 hingga RM236,550

jenama 2023

  • Model baharu jenis hatchback itu dikatakan bakal menjadi pesaing Honda Civic Type R dan Volkswagen Golf R untuk kemunculan pada tahun depan.
  • Tampil dengan enjin pengecas turbo 1.6 liter, jentera keluaran Jepun tersebut mampu menghasilkan 300 kuasa kuda 370Nm tork.
  • Secara visual, Toyota GR Corolla versi 2023 menawarkan gaya lebih agresif berbanding varian hatchback Corolla jenis standard.
  • Desain fender yang lebih lebar, sayap belakang yang besar dan ruang ventilasi udara menambahkan lagi penampilan sporty kenderaan tersebut.

jenama 2023

2. Honda Civic Type R
Keluaran: Honda Motor Co Ltd
Negara: Jepun
Harga: Bermula RM184,879.50

  • Model Honda Civic Type R direka bentuk serba baharu dengan enjin pengecas turbo 2.0 liter yang memacu 315 kuasa kuda dan 420.3 Nm tork.
  • Kuasa enjin yang dipertingkatkan itu lebih mantap berbanding jentera terdahulu.
  • Model yang turut digelar sebagai kenderaan paling berkuasa di Amerika Syarikat itu juga tampil dengan reka bentuk lebih kemas dengan sayap belakang lebar dan ekzos trio, sekali gus menjadikan ia bukan lagi Type R standard biasa.

jenama 2023

3. Hyundai Genesis G80
Keluaran: Hyundai Motor Company
Negara: Korea Selatan
Harga: Bermula RM378,410

Iklan
  • Hyundai menambah barisan varian sedan mewahnya dengan pengenalan Genesis G80 yang dipacu kuasa elektrik (EV) sepenuhnya.
  • Model EV tersebut yang bakal dilancarkan tahun depan akan mengekalkan desain asal dan mampu mencapai jarak 426.4 kilometer dengan caj penuh.
  • Lengkap dengan Platform Modular Elektrik-Global (E-GMP), Genesis G80 menyokong pengecasan pantas 400V dan 800V.
  • Selain memiliki keupayaan kenderaan-untuk-muatan (V2L) untuk memacu peranti luaran, kemasan dalaman juga ditambah baik menggunakan bahan kitar semula dan fabrik jenis upholsteri dengan rona semula jadi.

jenama 2023

4. Chevrolet Corvette Hibrid
Keluaran: Chevrolet Motor Division of General Motors Company
Negara: Amerika Syarikat
Harga: Bermula RM474,050

  • Selain pengenalan Corvette Z06, Chevrolet tidak ketinggalan untuk menampilkan jentera versi hibrid untuk pasaran tahun 2023.
  • Belum dapat dipastikan lagi sama ada model serba baharu berkenaan hadir untuk versi hibrid tradisional atau plug-in, namun fitur tersebut dikatakan akan menjadi Corvette pertama dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Ciri yang ditambah baik itu juga dikatakan bakal digandingkan dengan enjin berkuasa elektrik untuk prestasi lebih mantap sama seperti model Corvette Z06.

jenama 2023

Iklan

5. Chevrolet Corvette Z06
Keluaran: Chevrolet Motor Division of General Motors Company
Negara: Amerika Syarikat
Harga: Bermula RM564,830

  • Model Corvette Z06 yang direka bentuk semula itu adalah desain pertama dengan konfigurasi enjin pertengahan. Lengkap penampilan 670 kuasa kuda yang dipertingkatkan bersama 623.7Nm tork.
  • Versi baharu yang dikatakan lebih bagus berbanding C8 standard kerana reka bentuk 3.6 inci lebih lebar dengan roda bersaiz 20 inci di hadapan dan 21 inci pada bahagian belakang.
  • Model yang direka khas untuk perlumbaan litar turut memiliki kelebihan transmisi automatik klac berkembar untuk lapan kelajuan.
  • Para pemandu pasti tersenyum puas kerana Chevrolet Corvette Z06 pasti akan memberi prestasi maksimum.

jenama 2023

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi