5 kenderaan tanpa pemandu, teknologi canggih pemanduan automatik jadi trend

A
A
A

TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) dilihat semakin pesat membangun sekali gus memenuhi kehendak pengguna milenial.

Seiring dengan perkembangan itu, dunia automobil juga bergerak ke hadapan dengan menghasilkan fitur baharu yang lebih canggih demi menambat hati pelanggan.

Namun, persoalannya, beranikah pembaca SinarPlus menaiki sesebuah kenderaan tanpa ada pemandu terutamanya jika melibatkan pemanduan pada jarak yang jauh?

kereta tanpa pemandu

Jika ya, nampaknya anda sudah bersedia dengan kehadiran kenderaan pintar yang dikategorikan sebagai Autonomi Tahap 5. Ia antara lain dilengkapi dengan teknologi canggih yang lebih selamat dan mengambil alih tugas pemanduan dengan cekap.

Meskipun dunia masih belum mencapai era robotik sepenuhnya, namun teknologi AI pada kenderaan pintar disifatkan oleh pemerhati industri memiliki kelebihan tersendiri.

Antara ciri keselamatan yang tinggi di samping mengelakkan berlakunya kemalangan akibat microsleep.

Berikut lima kenderaan pintar kategori Autonomi Tahap 5 yang menduduki carta tertinggi berdasarkan jenama dan harganya di pasaran dunia.

  1. kereta tanpa pemanduTesla Model S

  • Tahun keluaran: 2020
  • Keluaran: Tesla Motor, Amerika Syarikat
  • Harga: RM281,671.65

Jenama yang diyakini dengan varian sedan berkuasa elektronik yang mampu memandu sendiri. Idea luar biasa yang dicetuskan pengeluar kereta di Silicon Valley, California tersebut ternyata lebih keterhadapan.

Masakan tidak, setiap Tesla Model S lengkap dengan sistem pemanduan sendiri, Tesla’s Autopilot yang mampu mengekalkan kelajuan selamat, bantuan meletakkan kenderaan automatik dan mood memanggil kereta dari jauh. Wow! Memang menakjubkan.

  1. kereta tanpa pemanduMercedes Benz S-Class

  • Tahun keluaran: 2020
  • Keluaran: Mercedes-Benz, Jerman
  • Harga: RM415,934.33

Jika dibandingkan dengan jenama jentera canggih lain, Mercedes-Benz sememangnya mempunyai kelas tersendiri dengan sistem Car-to-X yang unik yang mana membolehkan pemandu berkomunikasi dengan kereta.

Teknologi AI itu mampu memberi amaran awal termasuk jalan licin atau kecemasan yang ada di hadapan. Selain didatangkan dengan alat bantu stereng dan kelajuan automatik, ciri terbaharu Night Vision juga membantu mengesan haiwan atau jalan gelap bagi menghindar daripada berlakunya sebarang kemalangan.

Apa yang lebih mengujakan, Mercedes-Benz S-Class mewah berkenaan turut dilengkapi ciri cukup sofistikated termasuk tempat duduk boleh mengurut, kawalan suhu dan stereo pembesar suara canggih.

  1. kereta tanpa pemanduVolvo XC60

  • Tahun keluaran: 2020
  • Keluaran: Volvo Cars, Sweden
  • Harga: RM184,616.25

Jenama keluaran Sweden yang mempunyai reputasi luar biasa dalam teknologi keselamatan sudah semestinya tidak ketinggalan untuk memperkenalkan jentera canggih pemanduan sendiri seperti sistem Pilot Assist pada kelajuan sehingga 80mph.

Sistem sofistikated tersebut mampu menentukan jarak kereta di hadapan, selain bergerak selari dengan garisan jalan yang ditetapkan tanpa perlu mengendalikan stereng sepanjang pemanduan dengan Volvo XC60.

Ciri terbaharu pada Volvo XC60 dipertingkatkan dalam format pemacu roda depan dengan enjin empat silinder 250 kuasa kuda turbo cas. Ada pilihan menarik buat mereka yang sukakan pecutan tambahan dengan varian plug-in hibrid.

  1. kereta tanpa pemanduSubaru Outback

  • Tahun keluaran: 2021
  • Keluaran: Subaru Corporation, Jepun
  • Harga: RM108,112.09

Keluaran terbaharu, Subaru Outback barangkali menjadi tumpuan peminat jentera lasak. Bukan sahaja dilengkapi ciri keselamatan aktif terbaik, pacuan empat roda tersebut cukup praktikal dan dijual pada harga berpatutan.

Cirinya telah dipertingkatkan dan antaranya merangkumi pilihan lampu hadapan lebih adaptif, sistem brek kecemasan automatik terbaik dan yang paling penting, teknologi pemantauan gangguan pemanduan.

Ya! Sistem kawalan pemanduan autonomi menggunakan sistem komunikasi mudah alih generasi ke-5 5G dan V2X selular memang terbaik dan menjadi ciri idaman penggemar jentera keluaran Jepun itu.

  1. kereta tanpa pemanduToyota RAV4

  • Tahun keluaran: 2021
  • Keluaran: Toyota Motor Corporation, Jepun
  • Harga: RM105,697.88

Seperti Subaru Outback, jenama keluaran Jepun itu juga ada keunikan tersendiri. Kenderaan utiliti sukan kompak sememangnya popular kerananya harganya mampu milik.

Ciri terbaharunya juga agak luar biasa kerana didatangkan dengan beberapa sistem canggih termasuk pengesan sensor penjalan kaki, kawalan pemanduan adaptif dan pengenalan tanda lalu lintas.

Bukan sahaja mempunyai sistem brek kecemasan automatik dan amaran pelanggaran hadapan, pemilik kenderaan tersebut boleh menambah baik ciri keselamatan termasuk pengawasan titik buta dan amaran lalu lintas di belakang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca