5 panduan mudah sebelum membeli basikal
SEJAK kebelakangan ini, aktiviti berbasikal dilihat sudah menjadi trend. Tidak dinafikan, berbasikal juga merupakan antara aktiviti sukan yang sangat baik untuk kesihatan.
Ramai selebriti dalam negara juga sering meluangkan masa hujung minggu ini dengan berbasikal, antaranya Dato Sri Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Alif Satar dan ramai lagi.
Namun, untuk pendatang baharu yang ingin berjinak dalam dunia basikal pastinya ayat seperti ini sering menjadi persoalan “saya baru nak menceburi sukan basikal ni, macam mana saya nak beli basikal ye?”
Ya, semestinya membeli sebuah basikal sebenarnya lebih komplek daripada yang kita tahu. Bagi mereka yang kurang faham, membeli basikal biasanya difaktorkan lebih kepada harga berbanding kualiti dan jenama.
Ini menjadi perkara biasa kerana pengetahuan dalam membeli sebuah basikal tidak begitu familiar dalam kalangan masyarakat. Jadi, apa yang anda perlu tahu sebelum membeli sesebuah basikal? Jom ikut 5 tip mudah ini.
1- Jenama
Bila bercakap soal jenama basikal, pada yang baru nak kayuh basikal ni tak ada masalah pun fasal jenama ni sebab permulaannya mesti korang nak belajar dulu dan biasakan dulu, nanti dah lama baru beli yang betul-betul baik.
Banyak jenama basikal yang terdapat dalam pasaran dan setiap satu daripadanya ada kelebihan tersendiri. Tidak perlu nak kutuk orang tu pakai brand itu ini, yang penting kayuh nanti enjoy your ride dan keep cycling.
Untuk yang baru nak main tapi tak nak pakai yang tak ada standard ni senang je, buat sahaja carian di Google atau tengok je brand yang anda pernah tengok sebelum ini. Jika ada keputusan bermakna brand tersebut brand yang ada gred ISO yang bagus, kalau dah search nama brand keluar gambar burung ke laut ke itu maknanya jenama biasalah tu atau lebih tepatnya ‘China brand’.
Ingat , ‘China brand’ dengan brand yang ‘Made in China’ tak sama kualiti ye sahabat!
2- Jenis Basikal
Korang kena tahu jenis basikal yang nak dibeli mengikut keperluan korang tu. Nak kayuh santai/riadah , sukan , kesihatan atau pengangkutan. Setiap brand basikal ada banyak kriteria basikal yang disediakan untuk pembeli memilih ikut keperluan.
Antara sebahagian kategori yang perlu kita tahu sebelum membuat pembelian adalah seperti:
Mountain Bike (MTB)
Sukan / riadah / hobi
Roadbike/Racingbike (RB)
Sukan / hobi
Folding bike
Riadah
Fat bike
Sukan / hobi
Touring bike
Travel / santai
Hybrid bike/Fitness bike
Riadah / recovery / transport
Untuk lebih detail seeloknya tanya pada jurujual tersebut untuk info yang lebih tepat dan menyeluruh.
3- Saiz Basikal
Bila dah pilih basikal apa nak pakai tu baru lah kita tetapkan saiz body/frame basikal mengikut ketinggian dan saiz badan masing-masing.
Setiap brand dan model basikal mempunyai ukuran size untuk tinggi cyclist tersebut. Akan tetapi, lain brand dan model lain ukurannya. (Sila rujuk kedai/jurujual untuk saiz anda)
Sebagai Contoh, untuk tinggi anda yang 168cm size yang sesuai adalah S. Dalam ukuran size basikal ini yang utama adalah tinggi, soal berat perkara kedua.
Maksudnya jika anda tinggi 160cm tapi berat anda 95kg, anda kena pakai saiz XS. Bukannya anda ringan size kecik, anda besar saiz besar. Kenapa tinggi tu penting berbanding berat? Hal tersebut adalah kerana tinggi anda mantain dan yang berubah lepas kayuh nanti berat, betul tak?
Size basikal untuk MTB/Fat Bike biasa kira guna inci, Road bike/hybrid/touring pulak guna sentimeter (CM). Jika was-was, lebih baik rujuk yang mahir brand tersebut untuk saiz yang tepat terutama anda baru nak beli atau nak tukar kategori basikal.
Basikal lipat pula biasanya saiz standard body dan beza hanya saiz tayar 16, 20 atau 24 inci. Pemilihan sizing basikal yang tepat sangat penting untuk anda semasa kayuh nanti.
Kasut kalau pakai kecik sakit melecet kaki, kalau pakai kasut besar pun satu hal pulak longar kan.
Jangan ambil mudah pemilihan saiz basikal, terutama kalau nak beli ‘second hand’ kena tahu saiz ngam tak ngam.
4- Keperluan semasa berbasikal
AWAS! kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira tempat. Jadi, aspek keselamatan haruslah menjadi keutamaan ketika kita melakukan sesuatu termasuklah ketika menunggang basikal.
Perlu diingat, malang tak berbau! Kecacatan tak boleh dibaiki di kedai kereta dan nyawa tak ada jual di kedai!
Helmet
Dah tentu untuk keselamatan kepala kan nak pakai lama woi. Lagi satu , tu cara nak bezakan antara kita orang Malaysia dengan orang OVERSEA kayuh basikal.
Sarung tangan
Sarung tangan atau mudah faham glove pun kena pakai baru la selesa tapak tangan dan tak calar tapak tangan tu.
Cycling Pants
Cycling Pants adalah peralatan penting yang memberikan penunggang beberapa kelebihan terhadap pakaian jalan biasa, Ia direka bentuk untuk menyokong badan anda apabila berada dalam kedudukan di atas berbasikal.
Atas sebab itu, ia dibuat dari lapan hingga 12 panel menegak, memberikan kelengkungan tambahan. Lapisan rata mereka tidak menekan ke dalam kulit anda apabila anda menunggang.
Cycling Pants kebanyakannya mempunyai grippers di bahagian bawah setiap kaki agar mereka tidak naik ke atas. Cycling Pants lelaki biasanya mempunyai peningkatan yang lebih pendek dan pinggang yang lebih luas. Cycling Pants wanita biasanya mempunyai kenaikan yang lebih panjang dan pinggang yang lebih kecil.
5- Lampu belakang
Tak kisah anda kayuh petang atau pagi, lebih bagus pakai lampu belakang. Untuk keselamatan dan kesenangan anda dan orang lain.
Invest untuk lampu lebih sikit pun tak da masalah yang penting terang dan nanti boleh pakai lama.
Semoga bermanfaat! Ingat apa pun keselamatan paling utama.
Sumber : We Are Cyclist
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang