5 resipi kek popular sempena rumah terbuka, mudah dan jimat

A
A
A

SEJAK malam tadi, 'trending' berkenaan dengan hidangan manisan iaitu kek. Semuanya gara-gara Debat Perdana yang berlangsung antara dua orang ahli politik yang berpengaruh.

Justeru, pasti ramai teringin nak makan kek? Sinarplus ingin kongsikan lima resipi kek yang mudah dan jimat untuk disediakan, sesuai dijadikan sajian rumah terbuka.

KEK MENTEGA

Resipi oleh: Siti Nor Aminah

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum*

1 cawan mentega

3 biji telur gred A

3/4 cawan gula kastor

2 sudu kecil susu pekat

2 sudu besar susu segar / penuh krim

1 sudu teh baking powder*

Secubit garam*

Esen vanila

Sedikit pewarna kuning (jika mahu)

Cara penyediaan:

1. Ayak bahan-bahan bertanda *

2. Satukan gula dan mentega dalam bekas dan pukul hingga kembang.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memukul adunan.

4. Masukkan pula esen vanila, susu pekat, susu segar dan pewarna. Kaup balik untuk sebatikan.

5. Masukkan bahan-bahan di ayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Matikan mesin pengadun.

6. Oleskan loyang dengan mentega dan lapikkan kertas pembakar kuih. Tuang adunan ke dalam loyang.

7. Bakar dengan suhu 180°Celcius selama 30 minit dengan menggunakan rak tengah dan mod api atas bawah.

8. Selepas 30 minit, tukar kepada api bawah sahaja. Bakar hingga masak.

KEK KEJU EMPAT BAHAN

Resipi oleh: Nurul Athira

Bahan-bahan

200 gram krim keju

5 biji Telur gred A (asingkan putih telur dan kuning)

1/2 tin susu pekat

1 cawan tepung naik sendiri

Cara penyediaan:

1.Pukul putih telur sehingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Pukul hingga kembang krim keju dan susu pekat.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan kaup balik menggunakan spatula.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai sebati.

5. Kemudian campurkan adunan putih telur dan adunan krim keju.

6. Kaup balik sehingga kedua-duanya sebati.

7. Griskan loyang bersaiz empat inci dengan minyak dan lapik dasar loyang.

8. Tuangkan adunan ke dalam loyang.

9. Bakar kaedah ‘bain marie’ (dilapik dulang berisi air panas) dan menggunakan api atas bawah dengan suhu 130 atau 150°Celcius selama sejam atau lebih (bergantung oven masing-masing)

10. Apabila siap masak, rehatkan dua minit di dalam oven. Kemudian keluarkan dan terus terbalikkan.

11. Kek ini agak kenyal dan berkrim, penuh dengan rasa keju.

Baca juga: 3 resipi kek popular Azlina Ina. Lembut dan gebu, tak jemu makan

KEK LAPIS PANDAN

Resipi oleh: Norliyana Ahmad Nuri

Bahan untuk kek

150 gram tepung superfine

120 gram gula kastor

5 biji telur gred A

1 sudu teh baking powder

1sudu besar ovalet

90 ml susu cair

90 ml minyak jagung

1 sudu teh esen vanila

Sedikit pandan emulco

Pewarna hijau

Cara penyediaan:

1. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan tepung, gula, ovalet dan telur ke dalam mangkuk adunan.

2. Pukul sehingga adunan kembang dan putih. Awas, elakkan terlebih pukul, bimbang kek tidak menjadi.

3. Masukkan susu cair, esen vanila, pandan emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau rata.

4. Panaskan oven 150° Celcius.

5. Kemudian masukkan minyak ke dalam adunan kek, kaup balik dengan spatula.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 atau 9 inci. Lapik loyang dengan kertas pembakar.

7. Bakar selama 50 minit.

8 .Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan kek atas redai.

9. Biarkan lima minit kemudian barulah angkat loyang dan terbalikkan semula kek kepada kedudukan asal. Biarkan sejuk.

10. Apabila sejuk. Potong beberapa lapisan.

Bahan untuk kastad pandan

200 ml santan kotak

800 ml air

200 ml susu cair

100 gram tepung kastad (ayak)

115 gram gula kastor

1 sudu teh garam

10 gram serbuk agar-agar

Pandan emulco

Pewarna hijau

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk.

    2. Kacau dengan api yang perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.

TIP MEMBUAT LAPISAN 

  • Renjis loyang dengan air.
  • Cedok kastad ke dalam loyang dan ratakan.
  • Ambil sekeping kek, letak atas adunan kastad.
  • Kemudian sendukkan lagi kastad ke dalam loyang dan ratakan di atas lapisan kek.
  • Pastikan kastad diratakan hingga ke bahagian tepi loyang.
  • Hentak loyang supaya lapisan kastad rata.
  • Ulangi hingga habis. Pastikan ia diakhiri dengan lapisan kastad.
  • Sejukkan sekurang-kurangnya empat jam sebelum dihidangkan.

FRUIT PASTRY CAKE

Resipi oleh:Siti Khairun Nur Akmal

200 gram salted pure butter (jenama Anchor)

200 gram gula kastor

6 biji telur

400 gram tepung superfine

1 sudu besar yogurt tanpa perisa

1 sudu teh parutan kulit lemon

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanila

Buah-buahan segar ( dihiris dan digaul gula kastor)

(Strawberi/ pic/ beri biru/ kiwi/ anggur)

Cara penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 170°C sekurang-kurangnya 30 minit.

2. Griskan loyang 9 inci dengan mentega dan lapik kertas.

3.Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan yogurt diikuti telur satu persatu.

4. Masukkan pula parutan kulit lemon dan esen vanila. Adunan akan jadi berbintil, jangan risau. Pukul lagi adunan.

7. Tambahkan tepung yang diayak bersama baking powder. Kaup balik adunan hingga sebati dan masukakn ke dalam loyang.

9. Susun buah-buhan di atas adunan.

10. Bakar selama 45 minit hingga satu jam menggunakan api atas bawah.

Baca juga: Kek pisang coklat sedap di rumah terbuka, mudah disediakan hanya 6 langkah

KEK MINYAK GEBU

Resipi oleh:  Atier Syah

Bahan-bahan

5 biji telur

1/2 cawan gula halus

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

3/4 cawan susu pekat

1 sudu besar ovalet

1 cawan minyak masak

Perisa nenas atau pisang

1 sudu teh esen vanila

Pewarna yang disukai

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung dan baking powder kemudian diayak. Ketepikan.

2. Pukul telur bersama gula dan ovalet hingga kembang dan gebu selama lima minit.

3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.

4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar adunan rata.

5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata

6. Bahagikan adunan ke dalam tiga atau empat bekas.

7. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian dan kacau rata.

8. Sediakan loyang 8 inci dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak.

4. Panaskan oven pada suhu 170°C sekurang-kurangnya 30 minit.

9. Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis dan bakar selama 45 hingga 60 minit.

10. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dihidang.

Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca