500 juta sisa sel kulit tertinggal pada bantal. Kepada yang ada 'bantal busuk', tindakan segera perlu dilakukan

A
A
A

TIDUR amat penting dalam memenuhi kitaran sebagai manusia.

Untuk mendapat tidur yang berkualiti, pastinya pemilihan bantal dan tilam amat dititik beratkan.

Okey, dalam memperkatakan soal bantal terutamanya, bukan sahaja budak kecil memiliki bantal kesayangan, malah orang dewasa pun sama kan?

Senang kata bantal kesayangan yang dimaksudkan itu ialah 'bantal busuk'.

Baca juga Di balik bantal dan selimut empuk, kesiannya angsa...

Punyalah sayang pada 'bantal busuk' itu, sampai peringkat tidak mahu membasuhnya kerana takut 'bau' yang 'enak' itu hilang. Betul tak?

Namun, tahu tak kalian, bahawa pendekatan tidak membasuhnya merupakan satu amalan yang berbahaya.

Berdasarkan perkongsian laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), mereka menyatakan, hampir 500 juta sel kulit akan tertinggal pada permukaan bantal.

Malah, air liur, kelemumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat yang tertinggal akan menjadi makanan hama dan kutu kecil.

Terkejut bukan? Apa yang lebih teruk, selepas hama memamah sisa-sisa (makanan), ia akan meninggalkan najis yang seterusnya menyebabkan gejala alahan seperti selsema, batuk dan bersin.

Daripada sekecil-kecil perkara, ia boleh menjadi satu gejala yang serius.

Justeru, apa tindakan yang wajar kita lakukan?

Menjawab pertanyaan itu, PHM menyarankan agar sarung bantal perlu ditukar seeloknya satu hingga dua minggu sekali.

Selain itu, kalian juga digalakkan membasuh bantal sekiranya boleh. Ia perlu dicuci setiap enam bulan sekali.

"Selain itu, jemur bantal di bawah pancaran cahaya matahari juga dikatakan boleh membunuh bakteria dan segala hama yang bersarang di bantal akan hilang,” beritahu mereka dalam hantaran yang sama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kepada anda yang barangkali mengalami masalah jerawat, sarung bantal perlu ditukar dengan lebih kerap.

Bukan apa, jika terus menggunakan sarung bantal yang sama, ia boleh mengakibatkan jerawat anda menjadi yang lebih teruk. Pasti anda tidak mahu hal itu terjadi, bukan?

Jadi, kepada yang ada bantal busuk, nampaknya kita kena lakukan sesuatu. Orang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati. #kitajagakita

Foto CANVA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca