SETIAP kali pergi bercuti atau melancong, pastinya salah satu perkara yang paling utama untuk difikirkan adalah tempat penginapan. Masakan tidak, terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di luar sana.
Apa pun, tak kisahlah jenis penginapan yang dipilih, sama ada hotel, calet, homestay dan sebagainya. Sebenarnya ada tip mudah yang boleh dijadikan rujukan untuk mengelak daripada pengunjung menyesal sebab tersalah pilih tempat menginap.
Tidak dinafikan, perkembangan teknologi masa kini dengan pelbagai aplikasi inovasi dalam talian memudahkan urusan menempah penginapan seperti Airbnb, Trivago, Agoda dan sebagainya.
Kita perlulah bijak membandingkan nilai harga tempat penginapan dipilih termasuklah dalam kategori berbaloi atau sebaliknya.
Pada masa yang sama, kelebihan atau faedah yang diperoleh daripada harga yang dibayar perlulah mengambil kira pelbagai faktor. Perhatikan bagaimana layanan hotel, servis yang diberikan, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan, keselamatan dan lain-lain.
Perkara berikutnya yang perlu diambil kira adalah kemudahan. Tidak kiralah jika travel secara bersendirian atau solo mahupun dengan keluarga, ambil kira faktor kemudahan ini.
Cara mudahnya, cari yang memenuhi kehendak diri sendiri jika melancong secara solo. Begitu juga jika bersama keluarga, berbincanglah dan kumpul kata sepakat.
Antara kemudahan yang perlu dititikberatkan adalah kemudahan wifi di bilik, perkhidmatan dry cleaning dan sebagainya. Rujuk sahaja laman web atau laman sosial hotel yang dipilih, kebiasaannya, akan ada senarai lengkap kemudahan yang ada.
Ambil kira lokasi penginapan yang sesuai dengan keadaan dan kesesuaian. Paling penting, adakah ia berdekatan dengan tempat-tempat tarikan di sana melainkan anda tidak kisah untuk memandu jauh.
Artikel berkaitan: 5 cara nikmati percutian mewah tanpa korbankan keseluruhan wang simpanan
Akan tetapi, sekiranya bergantung kepada pengangkutan awam, pastikan lokasi penginapan tersebut adalah berdekatan dengan stesen kereta api dan sebagainya. Jika tidak, agak sukar nak bergerak nanti.
Jika nak bercuti dengan keluarga, pastikan dahulu sama ada hotel berkenaan mesra keluarga atau tak. Ciri-ciri hotel mesra keluarga yang perlu dicari sebenarnya sangat mudah.
Jika ada anak kecil, carilah hotel yang mempunyai kolam renang atau taman permainan. Kalau tiada pun, cubalah cari yang menyediakan kawasan untuk beriadah, taman atau pantai.
Lazimnya, penginapan jenis hotel atau resort akan sediakan aktiviti menarik dalam tawaran oleh mereka. Jadi, ambil kira faktor ini.
Sekiranya ia berdekatan dengan pulau misalnya, cuba tanyakan ada atau tidak pakej snorkeling, berkayak atau apa-apa yang sesuai dilakukan.
Rajinkan diri membaca komen dan review di laman web seperti Tripadvisor, Agoda dan sebagainya. Kebiasaannya, review orang ramai ni jarang yang tak betul.
Cari yang ada bukti bergambar dan sebagainya. Lagi satu, bila nak rujuk review, pastikan ia masih sah seperti komen terbaru. Jangan pula jadikan komen atau review dua atau tiga tahun lepas sebagai rujukan!
Selamat bercuti!
Kredit: arylje.com
Foto: Freepik
PENYAMARAN seorang 'wanita' akhirnya terbongkar selepas berkahwin dengan seorang lelaki di Cianjur, Jawa Barat…
PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…
KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…
PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…
KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…
'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…