PENGENALAN Acer Aspire Vero 16 mencuri tumpuan dunia apabila tampil dengan teknologi hijau yang dipertingkatkan sempena Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Acer Inc, Jerry Kao berkata, komputer riba mesra alam tersebut menterjemahkan misi bebas karbon dengan penggunaan 60 peratus bahan kitar semula.

“Demi mengatasi cabaran perubahan iklim yang semakin meningkat, Acer meneruskan misi ke arah teknologi hijau demi kelestarian masa depan dengan rangkaian ekoinovasi Aspire Vero.

Acer juga berusaha untuk mencapai 100 peratus elektrik yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2035 dan berazam untuk bebas pelepasan karbon menjelang 2050,” katanya.

Acer Aspire Vero 16

Berikut antara lain perincian Aspire Vero 16:

  • Dilengkapi skrin 16 inci dengan sokongan sistem sentuhan.
  • Dikuasakan cip pemproses Intel Core Ultra 7 dipadankan unit pemprosesan saraf kecerdasan buatan baharu, Intel AI Boost.

Baca juga 2 model vakum tanpa wayar ACER mudahkan kerja ibu-ibu membersih di sudut ruang dengan mudah

Acer Aspire Vero 16

  • Kapasiti memori hingga 16GB LPDDR5 dan storan hingga 2TB PCIe Gen 4 SSD.
  • Bateri mampu bertahan hingga 10.5 jam sekali cas.

 

  • Papan kekunci dilengkapi butang khusus perisian Copilot untuk Windows 11 dan diperbuat daripada kaca OceanGlass kitar semula.

Acer Aspire Vero 16

  • Perisian pengurusan bateri AcerSense memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga dengan empat mod prestasi iaitu Eco+, Eco, Balanced dan Performance.

Baca juga Ini monitor Acer paling mantap lengkap dengan teknologi AMD FreeSync khas buat pemain game

Iklan
  • Terdapat dua port USB-C Thunderbolt 4 dan HDMI 2.1 untuk sambungan aksesori tambahan.

Acer Aspire Vero 16

Selain itu, bungkusan untuk setiap pakej juga mesra alam kerana 100 peratus boleh dikitar semula.

Harga jualan bermula RM3,399 dengan pilihan rona dinamik Volcano Grey bermula Mac ini. Untuk info lanjut, layari www.acer.com.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang