LEBIH kurang dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai persiapan dilakukan termasuk menyediakan baju raya.

Bagi korang yang tidak membuat tempahan baju raya lebih awal atau lebih suka membelinya, baju raya jenis siap atau ready made menjadi pilihan. Pilihlah  yang padan dengan bentuk badan dan gaya korang. Paling penting sesuai dengan bajet dan praktikal!

 

Kini banyak dipasaran baju raya pelbagai rekaan, jenis fabrik dan warna boleh korang miliki. Pembelian boleh dilakukan sama ada di butik atau dalam talian.

1. Mimpi Kita

Rekaan baju kurung moden menggunakan fabrik satin kelihatan eksklusif dan boleh korang miliki dengan harga berpatutan. Mimpi Kita tahun ini menampilkan elemen Arabian vibes. Rekaan yang klasik dan feminin ini menampilkan helaian daripada fabrik bercorak flora. Selain itu, korang boleh dapatkan baju kurung moden untuk kanak-kanak perempuan.

2. Calaqisya

Bagi korang yang inginkan busana raya yang ringkas dan praktikal, jenama ini pilihan yang sesuai. Menggunakan fabrik jenis poly rayon, Calaqisya menampilkan paduan blaus dan skirt, kaftan. Terdapat juga dres potongan yang boleh dipadankan dengan seluar panjang. Terkenal dengan rekaan minimal dan selesa, Calaqisya turut menjual pakaian lelaki dan kanak-kanak.

3. Ana Abu

Untuk Aidilfitri kali ini Ana Abu menampilkan koleksi Rindu. Ia menampilkan fabrik kapas pelbagai jenis bagi menjamin keselesaan. Rekaan yang ringkas dan longgar membuatkan korang bebas bergerak. Corak dan rekaan juga minimal, sesuai bagi yang tidak suka perincian yang keterlaluan.

4. Lily Petuna

Sempena raya, Lily Petuna memperkenalkan koleksi Lily Klasik Raya yang membariskan helaian busana bertemakan tradisional seperti kebaya iaitu daripada pelbagai potongan. Rona-rona yang ditampilkan juga segar. Rekaan yang ditampilkan seperti kebaya moden, kurung moden ala kimono dan batwing yang sesuai digayakan di pagi lebaran nanti.

5. Ariani

Ariani Ready-To-Wear menampilkan kurung moden. Rekaan tampak eksklusif dan elegan dengan fabrik bercorak dan polos seperti polyblend satin dan polyblend twill. Pelbagai rekaan ditawarkan dan mudah disesuaikan dengan gaya korang dan pelbagai peringkat usia. Terdapat juga koleksi kanak-kanak perempuan yang membolehkan mama dan anak perempuan bergaya sedondon bersama.

6. Bella Ammara

Bella Ammara kali ni menampilkan koleksi raya bertemakan ikon wanita alam Melayu seperti Puteri Saadong, Puteri Hang Li po, Mahsuri dan Dang Anum. Setiap koleksi menampilkan kekuatan rekaan tersendiri. Koleksi raya terdiri daripada baju kurung moden dan mini kurung menggunakan fabrik kapas sulaman Jerman yang mesra pada kulit. Koleksi pelbagai rona ini boleh didapati dalam talian secara terus atau pre-order.

Iklan

7. Whimsigirl

Ia yang sentiasa menampilkan rekaan minimal dan elegan, effortless chic. Koleksi raya Whimsigirl Rasa Sayang sangat menarik dan diperbuat daripada fabrik premium seperti kapas viscose korea dan kapas linen. Segalanya dizahirkan dalam pelbaga rekaan indah seperti baju kurung kedah, kurung moden dan kebaya. Terdapat juga koleksi yang dijual berasingan top dan bottom. Ini membolehkan korang bebas menyuai padan mengikut keselesaan dan bajet.

Tip beli belah dalam talian

Mungkin ada yang pernah mengalami pengalaman buruk membeli dalam talian. Pakaian tidak muat dengan saiz badan, fabrik yang gatal pada kulit dan kos penghantaran yang melampau. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk membeli baju raya dalam talian.

Iklan

1. Ketahui ukuran anda dan periksa carta ukuran
Perhatian yang perlu anda berikan ketika membeli-belah pakaian dalam talian ialah saiznya sangat berbeza bergantung pada jenama. Untuk mengatasi masalah ini, ambil ukuran anda terlebih dahulu dan periksa carta ukuran.

2. Baca ulasan
Ulasan boleh membuktikan ketahanan pakaian, kaedah pengeposan digunakan penjual, keselesaan dan seberapa tepat carta ukuran yang dikongsikan tersebut. Baca juga ulasan ulasan bergambar pelanggan sebelum ini bagi mengetahui warna asal produk.

3. Cuba cari penghantaran percuma
Banyak kedai dalam talian menawarkan penghantaran percuma jika anda membelanjakan lebih daripada sejumlah wang. Beli pakaian yang anda perlukan sekaligus dan anda tidak akan kehilangan baju dengan kos penghantaran.

5. Gunakan ‘filter’
Kedai dalam talian cenderung menawarkan lebih banyak pilihan daripada butik kerana mereka tidak ada had penyimpanan. Gunakan ‘filter’ pada laman web tersebut agar beli belah anda lebih efisien.

6. Dasar pemulangan
Membeli dalam talian agak berisiko memandangkan korang tidak boleh mencubanya. Pastikan kedai yang anda pilih mempunyai polisi ini. Jika tidak, pertimbangkan untuk mencari di tempat lain. Pautan ke dasar pengembalian selalunya berada pada bahagian bawah mana-mana halaman web.

7. Tempoh penghantaran
Anda boleh mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu untuk mendapatkan pakaian atau lebih lama. Jangan membeli terlalu lewat, bimbang baju yang dipesan tidak sampai sebelum raya.