9 minit, 50 peratus bateri sudah dicaj, telefon bimbit iQOO Z7, 27x penuhi keperluan generasi Z
SUB jenama bebas di bawah label vivo, iQOO baru-baru ini melancarkan telefon siri terkini, iQOO Z7 dan iQOO Z7x bagi memenuhi keperluan generasi Z.
Menurut Pengurus Besar iQOO Malaysia, Jeremy Lin, model tersebut direka khas untuk mencipta standard baharu dalam teknologi telefon pintar.
“Kami di iQOO sentiasa memahami keperluan orang muda yang kian berubah dan sentiasa berusaha untuk menyediakan teknologi yang tepat, berinovasi serta berprestasi tinggi,” katanya.
Berikut info mengenai siri iQOO Z7:
- Pengecasan FlashCharge 120W yang mampu meningkatkan kapasiti bateri hingga 50 peratus dalam tempoh sembilan minit.
- Pengecasan selama lima jam mampu memberi ketahanan hingga lima jam tontonan video atau filem kegemaran.
- Lengkap dengan cip Snapdragon 782G dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 10 peratus dan GPU sebanyak 13 peratus.
- Teknologi Extended RAM 3.0 memberi tambahan hingga 8GB RAM kepada 12GB sedia ada.
- Pengalaman permainan dengan kadar bingkai tinggi melalui Getaran Permainan 4D dan Ruang Wap Penyejuk Cecair Super Konduktif.
- Pembesar suara dwistereo pada iQOO Z7 menawarkan pengalaman audio unggul yang melengkapi visual menakjubkan.
Baca juga Telefon HUAWEI P60 Pro memang lebih pro. Lensa lebih power, bidikan jauh lebih jelas
- Menampilkan kamera OIS Ultra-Sensing 64MP dan Ultra Jelas 50MP yang dapat merakam gambar sempurna walaupun dalam keadaan cahaya malap.
Harga jualan untuk iQOO Z7 bermula RM1,499 untuk varian 12GB 256GB dan RM1,299 untuk varian 8GB 128GB.
Sementara itu, iQOO Z7x ditawarkan pada harga RM1,099 untuk varian 8GB 256GB dan RM999 untuk varian 8GB 128GB.
Siri iQOO Z7 boleh didapati di e-kedai rasmi vivo Malaysia dan platform edagang utama seperti Shopee dan Lazada.
Untuk info lanjut, layari www.iQOO.com.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang