KEPADA peminat Asus, jenama tersohor itu baru-baru ini memperkenalkan satu lagi inovasi menarik apabila memperkenalkan telefon pintar terbaharu, ROG Phone 6 Diablo Immortal untuk pasaran di Malaysia.

Asus dalam satu kenyataan berkata, produk berkenaan merupakan hasil usaha sama dengan Blizzard Entertainment dan Republic Of Gamers (ROG).

Kolaboratif tersebut bermakna para pemilik ROG Phone 6 Diablo Immortal berpeluang bermain permainan secara dalam talian, Diablo Immortal.

Bukan itu sahaja, kotak eksklusif yang diilhamkan daripada Horadric Cube dan imej legenda, Worldstone pada pembungkusannya akan membuatkan pengguna teruja.

ASUS ROG

“Peranti itu juga menampilkan aksesori unik seperti Shield Blessing Aero Case dan peta Sanctuary yang memaparkan tanda tersembunyi dalam dakwat halimunan. Ia boleh didedahkan dengan hanya menggunakan Fahir’s Light sahaja.

Baca juga Teknologi mata ketiga muncul, ramai kaki game pula teruja tunggu prototaip jadi kenyataan

“Selain itu, telefon ini mempunyai efek nyalaan api di sisi yang mana kecerahannya akan berubah mengikut sudut tontonan,” kata kenyataan tersebut lagi.

ASUS ROG

Berikut perincian lain ASUS ROG Phone 6 Diablo Immortal:

Iklan
  • Lengkap dengan paparan skrin AMOLED IPS bersaiz 6 inci dengan resolusi paparan 2160×1080 pixel pada nisbah 18:9.
  • Dilengkapi dengan cip Qualcomm Snapdragon 845 dengan kadar kelajuan 2.96GHz dan cip grafik Adreno 630.

ASUS ROG

  • Memori LPDDR4 8GB dan pilihan storan UFS 2.1 sebesar 128GB ataupun 512GB.
  • Bicu audio 3.5 milimeter untuk penggunaan fon kepala dan kapasiti bateri 6000 mAh.

ROG Phone 6 Diablo Immortal seberat 239 gram itu dijual pada harga bermula RM4,999. Untuk info, layari https://www.asus.com/my/.

Baca juga Infinix lancar komputer riba pertama, telefon pintar ZERO X NEO dengan konsep AIoT. Memang superb!

Iklan

ASUS ROG

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi