Aglio olio sempoi buat bekal anak sekolah, mudah disediakan dan jimat masa
LEBIH mudah dan jimat masa. Resipi aglio olio sempoi dengan tiga bahan mudah memang sesuai dijadikan bekal anak sekolah.
Bagi ibu-ibu, waktu memasak untuk sarapan pagi sangatlah suntuk, apatah lagi ditambah permintaan anak yang mahu membawa bento comel ke kelas.
Mahu tak mahu, gigihlah juga bangun pagi untuk memasak menu ringkas buat kesayangan bagi mengalas perut ketika waktu rehat.
Perkongsian resipi mudah yang dikongsikan Sasha Sabrina di media sosial dan portal masakan CookPad ternyata menarik perhatian ramai.
Apatah lagi dihiasi dengan Googley Eye Candy Sprinkles yang dibuat sendiri menambahkan 'keceriaan' bekal makanan tersebut.
Baca juga Spageti segera untuk anda yang sibuk dan tiada masa, cepat dimasak, sedap untuk dimakan
Berikut bahan-bahan untuk juadah aglio olio yang sempoi untuk seorang makan:
Bahan-bahan
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak
- 1 cawan air panas
- 1/2 sudu teh garam
- 50 gram spageti aglio olio atau pasta pilihan
- 1 sudu kecil grated parmesan atau keju cheddar
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih dengan minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan garam, kemudian panaskan hingga mendidih.
3. Masukkan pasta dan rebus selama 8 minit sampai lembut.
4. Toskan air rebusan.
5. Kemudian tambah 1 sudu minyak zaitun dan keju.
6. Gaul sekata selama 3 minit sebelum matikan api.
7. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga Resipi Chili Cream Seafood Pasta sedap tak terkata dan memang mengiurkan. Jom cuba
Untuk menambah seri menu sarapan pagi, potongan keju keping dan kek mini yang dihiasi Googley Eye Candy Sprinkles pasti membuatkan si kecil tersenyum.
Bagi mempelbagaikan sajian, jagung rebus, potongan buah segar, telur rebus atau sushi juga menarik sebagai santapan waktu rehat.
Barangkali kalian juga mempunyai idea unik dan ringkas untuk dikongsikan bersama di dalam ruang komen di bawah.
Nota: Menu berkenaan untuk penyediaan untuk seorang makan. Sekiranya, untuk dua atau tiga orang, tambahkan bilangan porsi bahan-bahan ya ?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang