BERAS yang selalu dimakan akan dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak, adakah anda tahu bahawa air basuhan beras mempunyai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan rambut?

Air beras sendiri mengandungi banyak mineral dan zat yang berkhasiat untuk menyihatkan dalaman dan luaran tubuh badan kita. Ini antara khasiat yang ada pada air beras untuk rambut anda.

1. Menghilangkan kutu

Ramai yang tidak tahu bahawa air beras boleh membunuh kutu rambut dan juga telur kutu pada rambut. Caranya adalah anda perlu bilas rambut dengan menggunakan air beras dan tutup kepala dengan topi mandi selama satu jam kemudian bilas rambut dengan air sehingga bersih.

2. Menyuburkan rambut

Khasiat air beras adalah untuk menyuburkan rambut secara semula jadi. Setelah mencuci rambut dengan syampu, gunakan air cucian beras sebagai pengganti perapi rambut iaitu dengan membilas rambut dengan air beras.

Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

3. Menjadikan rambut berkilau

Ingin rambut berkilau atau kehitaman pekat? Anda boleh mengunakan air beras dengan campuran air mawar untuk membilas rambut anda. Selepas itu, tutup kepala dengan topi mandi. Biarkan selama setengah jam, kemudian bilas rambut sehingga bersih.

4. Mengatasi rambut bercabang

Iklan

Untuk mengatasi rambut bercabang, celupkan hujung rambut dalam semangkuk air cucian beras. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas rambut dengan air bersih.

Iklan

5. Mengatasi masalah kelemumur

Kulit kepala dengan pH yang tidak seimbang merupakan salah satu penyebab utama rambut anda terdedah dengan ketumbuhan kelemumur di kepala. Membilas kulit kepala dengan air beras adalah cukup berkesan untuk mengimbangkan pH di kulit kepala.

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif

Foto: Unsplash