Air basuhan beras jangan dibuang, boleh buat toner untuk dapat kulit putih bersih macam wanita Jepun

PASTI ramai yang sudah ketahui manfaat air basuhan beras untuk menyuburkan tanaman.

Bagaimana pula dengan bab kecantikan?

Soalan kami, pernah tak anda cuci muka dengan menggunakan air beras atau rice water?

Menerusi hantaran Saadiah Saad di laman Facebook, beliau berkongsi manfaat air beras yang dijadikan pembersih muka atau toner untuk membantu membersih, merata warna kulit dan memulihkan kulit yang rosak.

Baca ni ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Ya, betul, air beras dijadikan toner!

Seperti kata Saadiah, toner air beras sudah digunakan di Jepun beribu tahun yang lalu. Itulah yang membuatkan kulit orang Jepun sangat putih bersih.

“Kandungan vitamin B1, C, E dan garam mineral di dalamnya bagus untuk memulihkan kesan jerawat, jeragat dan kesan parut, selain membersihkan liang roma yang tersumbat,” katanya sambil berkata, toner air beras turut berfungsi mengurangkan kesan kedutan dan antipenuaan.

Berikut dikongsikan cara membuat toner air beras.

BAHAN-BAHAN 

1/2 cawan beras (beras jenama apa pun boleh. Sebaiknya, guna beras jasmin atau beras putih.

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh dahulu beras, basuhan pertama untuk buang kotoran beras.

2. Lepas itu, masukkan beras yang dibasuh dan masukkan air sehingga beras tenggelam.

3. Biarkan selama 15 minit.

4. Selepas 15 minit tuang air beras ke dalam jar atau bekas yang sesuai. Beras tersebut boleh dimasak seperti biasa.

Iklan

Baca lagi ‘Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.’ Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

cantik
Gambar sekadar hiasan

CARA GUNA TONER AIR BERAS 

1. Jadikan ia sebagai pencuci muka
-Guna sebelum atau selepas mencuci dengan pencuci biasa. Sebaiknya guna selalu untuk mendapatkan vitamin dan mineral untuk kulit.

2. Jadikan ia sebagai toner muka
-Letakkan ke atas kapas dan sapu pada seluruh muka dan leher. Boleh digunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur.

sihat cantik
Gambar sekadar hiasan

TIP TAMBAHAN 
– Jika mahu simpan air beras tersebut, masukkan ke dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama lima hari.

-Jika tidak boleh digunakan lagi, perlu dibuat baharu, ya.

Iklan

-Kesan selepas mencuci muka dengan toner air beras, kulit anda akan menjadi tegang, cerah dan lembut.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Saadiah Saad

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.