BERITA pemergian penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, malam tadi mengundang duka ramai pihak termasuk peminatnya.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11.33 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil telah dimasukkan ke hospital sejak dua bulan lalu dan diletakkan di bawah pengawasan akibat masalah kebocoran usus.
Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan kebocoran usus atau leaky gut syndrome?
Menurut Cleveland Clinic, kajian menunjukkan mereka yang mengalami penyakit gastrousus atau masalah berkait usus berpotensi mengalami kebocoran usus.
Ujar laman web perubatan itu, sindrom usus bocor berlaku apabila lapisan mukus atau lendir di dalam usus yang dicipta untuk menyerap air dan nutrien daripada makanan ke dalam aliran darah mengalami kebocoran.
“Dinding usus bertindak sebagai pelindung kepada bakteria dan agen jangkitan daripada memasuki usus.
“Keadaan usus bocor menyebabkan bakteria dan jangkitan daripada saluran pencernaan memasuki aliran darah,” katanya.
Cleveland menambah, keadaan usus mengalami kebocoran memang berlaku, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia penyakit di dalam usus atau boleh menyebabkan kesan lain.
Sumber itu menyenaraikan keadaan usus bocor boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
1. Radang kronik seperti penyakit radang usus (IBD) dan seliak (gangguan autoimun jangka panjang yang terutamanya memberi kesan kepada usus kecil).
TIADA GEJALA
Pun demikian, kata Cleveland Clinic, tiada gejala yang boleh dikaitkan secara langsung dengan masalah kebocoran usus.
Apa yang dapat dikongsi, terdapat beberapa simptom yang biasa dialami oleh pesakit termasuk:
1.Rasa pedih atau terbakar dalam usus.
2.Senak perut.
3.Cirit-birit.
4.Kembung.
5.Tiada tenaga.
6.Keradangan mukosa mulut akibat daripada kesan sampingan rawatan radiasi.
UBAT
SinarPlus turut merujuk laman web kesihatan Healthline.
Kata mereka, tiada perawatan khusus untuk pesakit yang mengalami usus bocor.
Sebaliknya, doktor hanya akan memberi rawatan untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.
“Sekiranya pesakit disahkan mempunyai penyakit seliak yang menyebabkan alahan kepada nutrien protein, mereka akan dinasihatkan agar mengikuti diet bebas gluten untuk membantu menyembuhkan usus.
“Bagi mereka mengalami IBD pula, doktor akan berikan ubat antiradang, sistem imun, antibiotik, penahan sakit dan suplemen seperti zat besi, kalsium dan vitamin D yang boleh membantu memulihkan lapisan usus,” jelasnya.
Tambah Healthline lagi, untuk pesakit sindrom kerengsaan usus (IBS) pula, mereka akan diberikan ubat depresi, antibiotik, penahan sakit atau ubat khusus untuk IBS iaitu alosetron, lubiprostone, linaclotide.
Kesemuanya dapat membantu mengurangkan gejala yang dialami.
Kesimpulan yang SinarPlus dapat katakan, adalah lebih baik kita mengamalkan pemakanan sihat.
Elakkan makan makanan yang berproses dan bergoreng terlalu banyak.
Lebih baik mencegah, daripada mengubati.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…
KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…
BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…
PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…
SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…
TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…