Apam beras seputih salju cantik kejadian siap bersarang, wanita ini kongsi cara mudah membuatnya

APAM beras atau nasi merupakan kuih kukus yang simple dan mudah dibuat.

Teksturnya yang lembut, gebu dan sedikit manis enak dimakan bersama kelapa muda diparut, rasanya lemak dan sedikit masin.

Boleh dibuat sarapan pagi mahupun minum petang. Pekena dengan kopi panas, alahai nikmatnya!

Anda boleh buat sendiri apam yang jadi kesukaan ramai ini.

Apamnya seputih salju cantik siap bersarang. Pasti memikat keluarga. Jom cuba.

Bahan-bahannya;

Bahan A

  • 1 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan air

Cuba juga Cara mudah buat apam puri guna cawan, inti lebih lembut dan gerenti sedap

Bahan B (dalam mangkuk)

Cara membuatnya;

1. Kisar bahan A sehingga halus, ketepikan.

2. Adunkan semua bahan B, masukkan bahan A. Pastikan adunan likat macam nak buat lempeng. Jika keras boleh tambah air. Jaga-jaga jangan cair sangat.

Iklan

Cuba juga Apam lenggang ‘terlajak ranggup’ peram adunan lama rahsia juadah padu

3. Tutup seketika biarkan dalam satu jam. Kukus 15 -20 minit bergantung acuan.

Tip: Pastikan air menggelegak.

Moga menjadi insya-ALLAH.

Iklan

Sumber: Ipah Iput

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!