APPLE kini telah memperkenalkan iPhone 13 yang terbaru yang mana bakal hadir dilengkapi sistem operasi terbaru dengan iOS 15.

Apple turut mengesahkan yang mana siri iPhone 13 akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula 8 Oktober 2021 ini.

Selari dengannya, Apple turut mengumumkan pengenalan iOS 15 bermula 20 September ini untuk semua pengguna iPhone sedia ada.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apple iOS 15 menawarkan kemaskini kepada FaceTime yang membolehkan anda menjana pautan dan berkongsi dengan pengguna peranti lain untuk menyertai panggilan FaceTime, ciri Focus Mode untuk produktiviti lebih baik, notifikasi yang ditambah-baik, kemaskini untuk pelayar web Safari, lebih kawalan privasi, dan sejumlah perubahan baharu yang lain.

Apple iOS 15 ditawarkan bermula 20 September, ini senarai iPhone yang boleh menyokongnya
Gambar Internet

Apple turut menawarkan kemaskini iOS 15 ini secara percuma kepada semua pengguna iPhone sedia ada.

Berikut merupakan senarai peranti yang akan menerima kemaskini berkenaan:

Iklan
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone Xs

Baca juga Berlatih seperti atlet profesional, ProForm Tour De France CSC Exercise Bike mampu uji ketahanan diri hanya dari rumah

Iklan
  • iPhone Xs Max
  • iPhone Xr
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE (1st generation)
  • iPhone SE (2nd generation)
  • iPod touch (7th generation)

Jadi, bagi pengguna iPhone yang tiada dalam senarai tersebut, mungkin ini masanya korang grab siri iPhone 13.