Ayam Masak Kicap Kering enak dimakan bersama nasi panas
MASAKAN berasaskan ayam sering menjadi pilihan kerana ia mudah untuk disediakan dan boleh dikatakan digemari oleh semua peringkat umur.
Sekiranya ada para wanita yang masih mencari menu berasaskan ayam, apa kata jadikan Ayam Masak Kicap Kering sebagai salah satu menu berbuka anda.
Terima kasih buat pengguna Facebook Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan kerana berkongsikan resipi Ayam Masak Kicap Kering.
Berikut merupakan bahan-bahan dan cara memasak untuk membuat hidangan itu.
BAHAN-BAHAN
- ½ ekor ayam
- 1 tangkai cili merah
- 1 tangkai cili hijau
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah ros
- ½ biji bawang holland
- 1 inci halia
- 2-4 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
Baca juga: Mudahnya Buat Telur Tomato, Rasanya Sedap Pemikat Hati Anak-Anak
CARA MEMASAK
1. Ayam hendaklah dipotong kecil.
2. Kemudian, hiris kasar cili merah, cili hijau, bawang putih, bawang merah ros dan bawang holland.
3. Seterusnya, panaskan kuali bersama minyak masak kemudian tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam ke dalam kuali dan masak sehingga ayam kelihatan agak kekuningan.
5. Kemudian, masukkan kicap lemak manis, sos cili dan sos tomato.
6. Kacau ayam sehingga sebati sehingga ayam masak.
7. Akhir sekali, masukkan bawang holland yang telah dihiris dan kacau sehingga bawang kelihatan sedikit layu.
8. Siap! Masakan sedia untuk dihidang.
Pergh! Terliur sungguh apabila membayangkan masakan yang telah siap dimasak.
Sungguh menaikkan selera jika dimakan bersama nasi panas.
Selamat mencuba!
Baca juga: Pemanis Mulut, Halwa Maskat Versi Anak Tempatan Yang Kurang Manis, Warna Lebih Keemasan
Baca juga: Kuetiau Kungfu Juadah Berbuka Memang Menggiurkan
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang