Ayat terakhir ayah sebelum masuk dewan bedah buat ramai menitiskan air mata. 'Abah mohon ampun & maaf'
"KALAU abah ada salah dan silap, abah mohon ampun dan maaf. Tapi yang perlu kita ingat lailahaillallah muhammadarrasulullah, ia ada dalam diri setiap manusia."
Itulah ayat terakhir yang diucapkan seorang ayah kepada anak-anaknya sebelum dimasukkan ke bilik OT (Dewan Bedah) dan pergi untuk selama-selamanya.
Pesanan yang sempat dirakamkan itu dimuat naik dalam satu perkongsian di TikTok oleh anak Allahyarham, sekali gus mengundang sebak dalam kalangan warganet yang menonton video terbabit.
Menurut pemilik akaun Namera, dia sangat bersyukur diberikan kesempatan untuk menjaga ayahnya sehari suntuk meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak baik.
“Video dan suara kali terakhir saya dengar suara abah, ini malam sebelum abah masuk bilik OT anggaran pukul 9 lebih. Saya bersyukur sangat sebab dapat jaga abah dan bersemuka buat kali terakhir.
"Syukur sangat dapat merasa jaga abah buat kali terakhir, lap badan dia, tukarkan lampin pakai buang, letak Vicks dekat dada dan belakang badan, urut badan, kaki... semua dia minta masa itu. Badan abah panas, tapi doktor periksa tak demam.
"Saya ambil kain basah, letak di kepala dan badan dia, nampak dia selesa sebab dia tidur. Masa ini, saya betul-betul tak tahan sebab badan saya panas sangat. Saya dah demam dari 10 haribulan, tak surut-surut," tulisnya.

Disebabkan keadaannya yang tidak sihat, Mera memilih untuk pulang ke rumah. Namun, dia tidak dapat berehat secukupnya kerana rasa tidak sedap hati.
"Saya sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Ingatkan saya nak tunggu abah keluar (dewan bedah), tapi masih belum keluar dan saya tak larat, jadi saya balik dalam pukul 11 lebih. Dah sampai rumah, selesai semua tapi masih tak boleh tidur sebab hati rasa tak sedap. Sakit dia kali ini rasa lain sangat.
"Dipendekkan cerita, waktu Subuh abah dah tak tahan sakit, mungkin kesan bius dah habis, sebab itu dia menahan sakit. Kemudian pakai oksigen.
"Dalam pukul 7 lebih, abah guna tiub. Adik beritahu abah akan ditolak ke ICU. Saya dengan adik bongsu terus pergi, sampai dalam pukul 9.15 pagi, abah belum ditolak ke ICU lagi," tambahnya lagi.
Video dan suara kali terakhir i dengar suara Abah, ini malam sebelum Abah masuk bilik ot anggaran pukul 9 lebih. I bersyukur sangat sebab dapat jaga Abah dan bersemuka buat kali terakhir, dari pukul 2 petang sampai lah malam pukul 11 sebelum abah bilik ot i ada dengan dia, i suruh udin datang awal sikit tanda support Abah anggaran pukul 8 lebih dia datang. Syukur sangat dapat merasa jaga abah buat kali terakhir, lap badan dia, tukar kan pampers, letak viks dekat dada dan belakang badan, urut badan kaki semua dia minta time tuh, badan abah panas tapi doc check tak demam i ambik air kain badan letak kat kepala dia dan badan dia, nampak dia selesa sebab dia tido. Time ni i betol betol tak tahan badan i panas sangat i dah demam dari 10hb tak surut surut panas. i sampai rumah dalam pukul 12 macam tuh, ingat kan i nak stay tunggu abah keluar tapi still tak keluar dan i tak larat so i balik dalam pukul 11 lebih macam tuh, dah sampai rumah settle semua still tak boleh tido sebab hati tak sedap, dia berat sakit tuh rasa lain daripada yang lain keep ws adik tanya camana abah dia pun risau selalu nya dah keluar time macam tuh, Abah keluar dalam anggaran pukul 2 pagi, keadaan time tuh adik kata abah okay, dipendek kan cerita waktu subuh abah tak tahan sakit mungkin bius dah habis rasanya sebab itu dia menahan sakit, then pakai oksigen, dalam pukul berapa 7 lebih macam tuh abah dah guna tiub dan adik beritahu akan tolak ke icu, i dengan adik bongsu bangun terus pergi pukul 9 suku macam tuh sampaii, abah belum tolak icu lagi. dalam pukul 9:24 macam tuh i memang duduk sebelah abah tengok dia cakap kat telingga dia "bah kami datang bah adik abang semua ada dekat sini bah, abah kena kuat yee, kakak ada sama sama abah ni" baca kan surah kat telinga dan syahada, sempat minta maaf buat kali terakhir "abah akak minta maaf" lillahi, air mata abah keluar dan bibir dia bergerak Allah dia dengar apa i cakap Allah lepastuh i cakap abah dengar ea suara akak, takpa bah jangan banyak fikir bah INGAT ALLAH BAH INGAT ALLAH YAA! LEPASTUH mesin tuh bunyi mesin tuh bunyi!!!!! Aku dah mengigil panic attack aku dah sampai tak boleh nak control aku pergi belakang air mata non stop tak berhenti, doa baca yassin dan berharap ada keajaiban. start semalam bah kuat betol rindu kakak pada Abah, jangn risau bah akak selalu doakan untuk abah setiap kali rindu, air mata akak laju bah keluar, kakak rapat sangat dengan abah, penat susah senang, sakit, apa apa akak semua luah kat abah, abah sangat baik, lemah lembut, tak pernah marah, mana mungkin semua orang suruh sabar tak semudah itu. dari 10hb abah masuk hospital akak lama dah redha akak dapat banyak alamat yang abah nak tinggalkan akak, akak kena terima sebab semua akan pergi juga. nanti kita jumpa dekat sana yeee. Al fatihah (dibaca) Ahmada bin Mohamad 14.5.2025
Sampai Menutup Mata Piano - DNP
Berkongsi momen terakhir bersama ayahnya, ketika itu Mera sempat berbisik ke telinga ayahnya untuk meminta maaf atas segala-galanya.
Air mata ayah menitis dan bibirnya bergerak sebelum kedengaran bunyi mesin yang memberi petanda bahawa bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Mei lalu.
Selain meluahkan rasa sebak, rata-rata warganet turut mendoakan Allahyarham Ahmada Mohamad ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kak Ogy akhirnya buka rahsia tentang hidup, tentang seni dan kenapa "beri semasa hidup lebih indah dari bergaduh selepas mati.
Lakonan bukan sekadar seni, tapi terapi jiwa. Dan hibah?
Bila ada kasih yang diwariskan dengan redha, tak perlu wasiat jadi punca.
Nak tahu pandangan Kak Ogy tentang anak angkat, pembahagian adil dan waris terlepas pandang?
Yang ni bukan drama ini realiti yang ramai belum bersedia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
