LEBARAN bakal menjelang tidak lama lagi. Hari yang dinanti-nantikan umat Islam untuk menyambutnya dengan keluarga tercinta, baik yang dekat mahupun yang jauh.

Pelbagai kempen diwar-warkan bersempena kedatangan Syawal oleh pelbagai pihak baik jenama pakaian, juadah raya sehinggalah kepada keperluan dekorasi kediaman.

Satu yang tidak dilupakan pastinya tawaran hebat menanti sang pencinta barangan kemas. Kempen Hari Raya Malabar Gold & Diamonds kali ini mengetengahkan tema Mulainya Ramadan, Indahnya Lebaran.

malabar 1

 

Lebaran lebih meriah apabila disambut dengan serbah baharu. Busana dan tudung yang sedondon pasti tidak lengkap tanpa seutas gelang emas atau pun rantai di leher.

Barangan kemas bukan lagi pembaziran, emas terbukti mempunyai nilai pelaburan yang menguntungkan. Jika mampu, hadiahkan seutas rantai atau cincin emas sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kita kepada yang tersayang.

KOLEKSI AIDILFITRI

Pemberian ini pastinya akan membahagiakan yang tersayang. Lebih lebih lagi terdapat pelbagai koleksi yang unik lagi eksklusif disajikan di kedai-kedai emas Malabar Gold & Diamond.

Koleksi istimewa sempena Aidilfitri menampilkan rekaan yang cantik, harga yang mampu milik dan yang paling utama ialah kepuasan kepada pelanggan dengan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Keistimewaan tawaran di Malabar Gold & Diamonds ialah pembelian balik 100 peratus tanpa susut barangan emas atau berlian yang dibeli dari Malabar.

Walau bagaimanapun sempena promosi hari raya ini, tawaran 100 peratus tanpa susut nilai diberi kepada barangan emas lama pelanggan yang di beli dari mana-mana kedai lain dengan pembelian barangan berlian.

Sekiranya, pelanggan tidak membeli barangan berlian dan ingin menukarkan balik barangan emas lama mereka, Malabar akan membeli balik barangan emas lama dengan potongan hanya 8 peratus. Contohnya sekiranya harga emas yang dijual di Malabar Gold & Diamonds hari ini RM324 se gram, barangan emas lama pelanggan akan dibeli dengan harga RM298.

Dan sekiranya pelanggan ingin mendapatkan tunai, potongan hanya lima peratus akan dikenakan untuk barangan yang dibeli di Malabar Gold & Diamonds.

MATTE DAN ELEGAN

Iklan

Koleksi Hari Raya tahun ini menampilkan koleksi NOUR yang diinspirasikan dari Timur Tengah  yang mana warna emasnya lebih matte dan tampil lebih elegan dan tidak begitu berkilauan.

Koleksi BELLA pula dengan rekaan yang lebih kontemporari dengan kombinasi emas putih, emas rose dan emas kuning. Koleksi yang diinspirasikan dari elemen flora dan fauna, ELLAN menampilkan rekaan 3D  yang mana kelopak-kelopak bunga lebih mekar dan menarik.

Malabar Gold and Diamonds yang telah berada di Malaysia sejak 2015 dengan sembilan bilik pameran di Malaysia. Antaranya di Ampang Point, Jalan Bunus; Masjid India; Klang; Seremban Mydin Mall, Seremban 2 dan Mydin Mall, Subang Jaya, Penang dan Ipoh.

malabar

Sekadar makluman, empayar perniagaan Malabar Gold & Diamond bermula pada tahun 1993 di Kerala India oleh Pengasasnya M. P. Ahammed.

Iklan

Lokasi pejabat terletak  di Kerala India dan Dubai, kini, terdapat lebih 340 cawangan Malabar Gold & Diamonds di serata negara; India, Dubai, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Turkey dan Australia dan baru-baru ini jenama tersebut mendapat pengiktirafan dari Delloitte Global Luxury Goods, sebagai jenama mewah di tangga ke-19, mendahului kesemua jenama barangan kemas yang lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!